Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan lebih dikenali sebagai Nusantara. Disebabkan Indonesia mempunyai 18,108 buah pulau, ia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia dengan anggaran penduduk pada tahun 2021 sebanyak 276 juta orang.

Pada hari Jumaat yang lalu, Presiden Indonesia, Jokowi telah meminta Menteri Komunikasi dan Informasi meningkatkan pembangunan ‘Tol Langit’ Palapa Ring kerana infrastruktur ini baru mencapai 50% ataupun kurang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pembangunan Tol Langit Palapa Ring harus ditingkatkan, bukan sekadar cukup 50%. Pembangunan fasiliti di kawasan tengah dan timur masih tersangkut sekitar 20%,” kata Jokowi pada pelancaran ‘Program Konektivitas Digital 2021’ di Istana Negara, Jakarta.

Untuk pengetahuan semua, ‘Tol Langit’ merupakan sebuah projek fiber optic yang mampu memberikan kualiti internet sama rata di seluruh daerah Indonesia. Pada 21 Februari 2019, Menteri Komunikasi dan Informasi pada waktu itu menjelaskan istilah ‘Tol Langit’ merujuk kepada projek Palapa Ring kerana terdapat penggunaan satelit dalam projek itu.

“Inilah yang disebut sebagai ‘Tol Langit’ kerana satelit yang ada di la ngit menghubungkan internet jalur lebar antara satu sama lain. Jadi mungkin orang melihatnya sebagai Tol Langit,” jelas menteri yang bertugas ketika itu.

Mobile
Sumber Gambar: Kompas.com

Nama Palapa Ring diambil dari sumpah terkenal yang diucapkan oleh Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit pada tahun 1336M. Sumpah ini diucapkan sebagai tekad beliau untuk menyatukan kawasan Nusantara. Semangat itulah yang menjadi penyebab kerajaan Indonesia menamakan projek ‘Tol Langit’ sebagai Palapa Ring.

Projek ini dianggarkan bernilai USD1.5 billion (RM6 billion) terdiri daripada kabel fiber optic bawah laut sejauh 35,000km dan kabel darat sejauh 21,000km yang terbentang dari kota barat di Indonesia, Sabang hingga ke kota timur, Merauke.

Melalui Palapa Ring, kerajaan Indonesia dapat memberikan fasiliti jaringan internet sama rata hingga 100 Gbps diseluruh kawasan termasuklah wilayah paling terpencil di negara Indonesia.

Baca lagi artikel-artikel yang kami kongsikan sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

Mahu Bantu Orang Ramai Bangunkan Teknologi, Toyota Bina Bandar Pintar Di Gunung Fuji