Sekiranya terdapat seorang presiden yang lantang dalam mempromosikan vaksin, Rodrigo Duterte selaku presiden Filipina adalah orangnya. Bukan sahaja menjadi individu terawal menerima vaksin di Filipina, malah kerap mengeluarkan kenyataan kontroversi khusus buat golongan yang menolak vaksin.

Terbaharu, Rodrigo Duterte tampil dengan sebuah lagi cadangan yang kontroversi dengan menyarankan rakyat Filipina yang enggan menerima vaksin COVID-19 wajar disuntik ketika tidur.

Sumber: CGTN

“Saya faham masih ramai yang tidur mahu menerima suntikan vaksin. Itulah punca sebenar. Adalah lebih baik sekiranya dapat suntik mereka di rumah ketika tidur. Lebih mudah” ulas Duterte merusi temu bual bersama channel PTV.

Selain daripada suntikan vaksin, beliau juga turut menekankan penjagaan kendiri dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Rodrigo Duterte sebelum ini turut mengumumkan usaha untuk membenarkan mereka yang melanggar kuarantin COVID-19 dihantar ke penjara. Selain itu, peserta himpunan keramaian pada ketika ini juga bakal dikenakan hukuman yang sama.

Sehingga kini, Filipina sudah menyuntik lebih 50 juta dos vaksin COVID-19 dan mensasarkan suntikan buat rakyatnya mencapai 70 juta dos menjelang akhir tahun ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Presiden Filipina ini turut pernah memaklumkan kepada rakyat Filipina bahawa golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19 bakal disuntik dengan vaksin babi.

Ikuti lebih lanjut kenyataan yang dibuat Rodrigo Duterte dalam usaha untuk memastikan kesemua rakyatnya menerima suntikan vaksin COVID-19.

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Presiden Filipina Mahu Sumbat Rakyat Yang Enggan Vaksin COVID-19 Ke Dalam Penjara

Presiden Filipina Kepada Rakyatnya: Kalau Tolak Vaksin COVID-19, Saya Suntik Vaksin Babi

Sumber