Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dilaporkan telah menawarkan sejumlah wang sebanyak RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia bagi ‘membersihkan’ namanya atas dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Edge melaporkan bahawa sumber tanpa nama mendedahkan kepada akhbar kewangan bahawa cadangan itu telah dirundingkan dengan Putrajaya oleh bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali. Ia bagaimanapun akhirnya ditolak oleh kerajaan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Bagaimanapun, Apandi tidak menjawab soalan The Edge mengenai perkara tersebut.

Apandi dilantik sebagai peguam negara pada 2015 semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sebelum perkhidmatannya ditamatkan pada Jun 2018 berikutan kekalahan pilihan raya.

Beliau pada 2016 pernah memutuslan bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh bekas perdana menteri Najib membabitkan 1MDB. Najib kemudiannya didapati bersalah pada 2020 atas tuduhan salah guna kuasa dan menyeleweng lebih RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.

‘Most Wanted’, ketahui 4 warga Malaysia yang berada dalam senarai merah interpol. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Most Wanted’, Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah INTERPOL