Pada hari ini lambakan content creator di pelbagai media sosial menyebabkan industri tersebut seperti ‘tepu’, ramai yang membuat konten yang lebih kurang sama di antara satu sama lain.

Pembangun konten terkenal dengan modified Perodua Bezza ‘Hitam itu Premium’, Fendymojo berkongsi sebab mengapa beliau memilih untuk modifikasi keretanya sebagai konten utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Oleh sebab semakin banyak konten-konten review makanan, percutian, prank dan masak-masak. Jadi makin ramai orang cuba tiru benda sama dan senang nak buat.

“Konten modified kereta sangat jarang nampak, oleh sebab itu saya pilih modified Perodua Bezza saya.

“Saya tak ada contoh dan rujukan. Jadi agak susah untuk saya cipta niche dan identiti sendiri,” kata Fendymojo dalam ciapan terbaharunya.

Pendapat Fendymojo itu turut dipersetujui oleh orang ramai, menurut mereka oleh kerana konten yang diperlihatkan oleh beliau berbeza daripada content creator lain, jadi mereka lebih mudah untuk diingati.

Menurut netizen, branding dan identiti beliau telah menyebabkan ramai akan teringatkan ‘Fendymojo’ sekiranya bersembang hal-hal mengenai modifikasi kereta, Perodua Bezza atau warna ‘hitam itu premium’.

Ada juga mendakwa oleh kerana kerap melihat konten Fendymojo, mereka ‘teracun’ untuk menempah kereta Perodua Bezza, walaupun waiting list kereta sedan itu boleh mengambil selama 5 hingga 6 bulan.

Pada masa sama, ada juga mendapat diskaun selepas menyebut nama ‘Fendymojo’ apabila membeli barangan di kedai-kedai aksesori yang dicadangkan oleh pemillik ‘Bezza Premium’ tersebut.

Ciapan asal yang dikongsikan oleh akaun Twitter @rinmansor telah ‘membuka mata’ orang ramai bahawa terdapat banyak bidang-bidang lain yang masih segar untuk diterokai dan dijadikan konten dalam Bahasa Malaysia.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.