Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Perlis sering menjadi destinasi persinggahan orang ramai yang mahu ke Hatyai, Thailand. Sebenarnya, banyak destinasi menarik yang anda boleh diterokai di Perlis.

Artikel Berkaitan:

View Point Wang Kelian yang merupakan antara destinasi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan panorama kehijauan hutan dan Tasik Timah Tasoh kini telah dikenakan bayaran masuk.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →

Difahamkan, pengunjung View Point Wang Kelian dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi menampung kos penyelenggaraan tempat terbabit oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Manakala kanak-kanak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 dan percuma untuk pengunjung orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak di bawah enam tahun. Pelancong asing pula dikenakan bayaran sebanyak RM5.