Terbaharu, Thailand akan melonggarkan syarat kemasukan pelancong antarabangsa dengan membatalkan ujian RT-PCR ketika ketibaan untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei 2022. Ini adalah usaha Thailand untuk meningkatkan ketibaan pelancong sekaligus memulihkan industri pelancongan selepas dilanda pandemik.

Menurut laporan, pelancong tidak lagi perlu membuat tempahan awal penginapan hotel satu malam bagi menjalani ujian RT-PCR ketika ketibaan. Jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata insurans perubatan turut dikurangkan daripada US$20,000 kepada US$10,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, bagi pelancong tidak lengkap vaksinasi perlu mengemukakan ujian RT-PCR negatif untuk pengecualian kuarantin dan mereka yang gagal mempamerkan sijil vaksinasi akan dikenakan kuarantin lima hari di pusat kuarantin ditetapkan negeri.

Sebelum ini, pelancong antarabangsa sudah tidak perlu lagi menjalani ujian COVID-19 72 jam sebelum berlepas tetapi dikehendaki memohon ‘Thailand Pass’ bagi bukti vaksinasi dan insurans sejak 1 April yang lalu.

Buat anda yang mahu ke Thailand, kami kongsikan pantang larang sebelum anda ke sana. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

8 ‘Pantang Larang’ Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand

40 Tip Kembara Backpack Ke Hatyai Dan Songkhla Di Thailand

Nikmati Perjalanan Menakjubkan Ke Thailand Menaiki Keretapi Mewah Hanya Dengan RM12,000

Sumber