Tidak dapat dinafikan kesan daripada penularan wabak pandemik COVID-19, banyak industri terkesan terutama sekali industri pelancongan. Menjadi industri pertama dan terakhir akan pulih, industri pelancongan sekarang ‘terdesak’ perlukan pelancong untuk menaikkan ekonomi setempat.

Terbaharu, Persatuan Hotel Malaysia kini memberi tumpuan penuh kepada pelancong domestik bagi menggalakkan lagi industri pelancongan di Langkawi. Difahamkan, inisiatif yang bermula pada bulan Februari 2020 akan diteruskan sehingga keadaan kembali seperti sedia kala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang tidak tahu, 45 hotel di Langkawi di bawah naungan Persatuan Hotel Malaysia menawarkan diskaun sehingga 70% untuk anda. Menerusi hasil tinjauan kami, harga penginapan 3 bintang juga boleh didapati dengan harga bermula RM150.

Tunggu apa lagi? Bolehlah buat tempahan untuk bercuti ke Langkawi. Sebelum terlupa, pastikan anda jaga SOP ketika bercuti untuk pastikan anda tidak terjangkiti wabak COVID-19 ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik untuk anda pada pautan di bawah ini.

Terkenal Disebabkan Filem 3 Idiots, Tasik Pangong Yang Cantik Kini ‘Musnah’ Akibat Sampah

7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai

Hanya Dari RM180 Sebilik Dan Kolam Renang Peribadi, Lelaki Ini Enjoy Sakan Bercuti Di Sini

Sumber