Sejak tahun lalu, wabak pandemik COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia dan memberikan kesan kepada setiap industri terutama sekali pelancongan.

Terbaharu, Kementerian Pelancongan Thailand telah bekerjasama dengan aplikasi mencari jodoh, Tinder untuk anjurkan percutian cari jodoh untuk mereka yang bujang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi menarik minat pelancong, percutian cari jodoh ini dianjurkan agar dapat merancakkan lagi ekonomi setempat dan pakej ini ditawarkan kepada penduduk setempat.

Pada 20 Disember 2020, beberapa peringkat percutian telah dirangka seperti menjelajah sepanjang sungai Chao Phraya di Bangkok. Selain itu, percutian pantai di Koh Khai di Phuket dan banyak lagi.

Menurut Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn berkata pakej percutian ini memfokuskan pelancong tempatan yang lebih suka melakukan perjalanan secara sendiri untuk melancong di Thailand.

Walau bagaimanapun, tempahan pakej ini hanya tersedia kepada pelancong domestik. Untuk pengetahuan anda, pada hujung tahun lalu, Thailand telah lancarkan 60 dan 90 hari visa secara berperingkat kepada pelancong antarabangsa.

Jika pakej seperti ini diperkenalkan di Malaysia, adakah anda mengikuti pakej tersebut?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Sengaja Batuk Pada Pramugari, Wanita China Ini kena ‘Headlock’ Dengan Pramugara Thai Airways

Rayuan Ditolak, ‘MariCar Go-Kart’ Yang Terkenal Di Jepun Diarah Tutup Secara Rasmi

6 Lokasi Luar Negara Yang Anda Boleh Travel Dengan Bajet RM1500

Sumber