Fenomena rumah terbengkalai di kawasan luar bandar Jepun membuatkan kerajaan Jepun mengambil inisiatif dengan menawarkan rumah dengan harga yang murah dan ada juga ditawarkan secara percuma bagi memastikan kawasan perumahan yang kosong dihuni.

Jumlah rumah terbengkalai melebihi 8 juta dan kebiasaanya terletak di kawasan luar bandar Jepun, antaranya di Wakayama, Tokushima, Kagoshima dan Kochi dimana kadar kekosongan rumah adalah lebih 18%. Difahamkan, perkara ini berlaku disebabkan oleh perpindahan ke kawasan lain atau pun kematian penghuninya yang sudah lanjut usia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

60b48295bee0fc0019d5a7aa

Kerajaan Jepun menawarkan harga USD500 (~RM2,067) untuk sebuah rumah dan juga menawarkan insentif subsidi untuk renovasi rumah bagi menarik pembeli serta mengubahsuai menjadi tempat perniagaan baharu seperti restoran dan bengkel.

Inisiatif ini tidak hanya membantu pemilik lama yang bergelut untuk membayar cukai tetapi juga untuk mengurangkan jumlah bangunan terbengkalai yang mungkin runtuh atau menimbulkan risiko di masa depan. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang bercita-cita mahu berhijrah ke Jepun dan ini mungkin berita baik untuk anda.

Sebelum ini, rumah di Pulau Sicily, Itali dijual dengan harga serendah RM4.30 dan untuk ketahui lebih lanjut boleh klik pautan di bawah ini.

Rumah Di Pulau Sicily, Itali Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM4.30

Ini Realiti Sebenar Rumah Di Pulau Sicily, Itali Yang Dijual Pada Harga RM4.30

Bandar Di Itali Ini Jual Rumah Pada Harga RM4.85 Sahaja

Sumber