Sejak pandemik menyerang dunia, dapat dilihat wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada orang ramai sehingga mengakibatkan maut kepada 4 juta individu seluruh dunia.

Wabak ini dilaporkan turut bermutasi kepada varian yang lebih kuat sehingga menyebabkan wabak ini mudah tersebar serta memberi kesan yang lebih serius kepada orang ramai.

5054C0BD-AF63-45B3-A28FFC09BD690417_source
Sumber: Scientific American

Sebagai usaha untuk melawan strain coronavirus asal dan varian Beta yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan, Pfizer dan BioNTech mengumumkan mereka bakal meminta kebenaran perundangan dalam menawarkan dos ketiga vaksin COVID-19.

Difahamkan, data awal daripada ujian yang dijalankan membuktikan dos ketiga ini mampu meningkatkan antibodi lima hingga sepuluh kali lebih tinggi terhadap varian Beta. Selain itu, pengambilan dos ketiga turut menunjukkan prestasi yang baik terhadap varian Delta yang sudah menjadi ancaman besar kepada dunia ketika ini.

Syarikat ini turut mendakwa penurunan keberkesanan seperti yang dilihat di Israel selepas enam bulan membuatkan mereka sedia menawarkan dos ketiga 6 hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh dalam melawan varian terbaru.

Pihak EU baru-baru ini turut membidas dakwaan penerima suntikan AstraZeneca di Malaysia tidak dibenarkan memasuki Eropah selepas tular laporan daripada Code Blue minggu sebelumnya.

EU Bidas Dakwaan Penerima Suntikan AstraZeneca Di Malaysia Tidak Dibenarkan Masuk Eropah

Dengan Kehadiran COVID-19 Varian Delta, Ramalan Bill Gates Pada December 2020 Didakwa Benar

Sumber