Sebut mengenai ganja, pasti ramai yang mempunyai pelbagai persepsi mengenai tumbuhan ini sama ada secara positif atau sebaliknya. Pengambilan secara terlarang sehingga menyebabkan khayal antara yang membuatkan orang ramai menolak tumbuhan ini dikomersialkan secara meluas.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan Thailand di mana negara ini bakal membenarkan rakyatnya menanam pokok ganja tanpa had di rumah susulan tumbuhan ini yang dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang pada 9 Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: bangkok post

Menerusi laporan daripada Bangkok Post, rakyat Thailand yang berminat untuk menanam tumbuhan ini perlu mendaftar dengan organisasi pentadbiran wilayah atau melalui aplikasi mudah alih yang dibangun dan dikendalikan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara itu.

Difahamkan langkah ini dilakukan dalam meningkatkan pengeluaran ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan manakala untuk tujuan rekreasi masih lagi diharamkan.

Sumber: the news

Selain itu, pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa ekstrak ganja yang mengandungi lebih daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) masih diharamkan di bawah undang-undang dadah negara serta disenaraikan di bawah narkotik kategori lima.

Sementara itu, pihak JSP Pharmaceutical Manufacturing (Thailand) sedang berunding dalam memastikan harga ganja dan hemp dalam negara berkenaan dikekalkan pada harga yang berpatutan dalam pasaran bagi menghalang syarikat besar mendapatkan tanaman ini dalam skala yang banyak.

Tular pada minggu ini apabila seorang pemandu tempatan yang mengaku ‘Imam Mahdi’ didakwa menjadi punca kemalangan selepas mengambil bahan terlarang.

Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Pawang Dakwa Dapat Lihat Dan Lukis Individu Sihir Ustaz Kazim Undang Perdebatan Netizen