Seperti yang ramai sedia maklum, negara kita sebelum ini telah memilih untuk melaksanakan program vaksinasi kepada para rakyat dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Program yang memerlukan orang ramai yang layak mendapatkan dua dos suntikan vaksin ini dilihat semakin berjaya selepas data menunjukkan penurunan kes serta kurang komplikasi buat mereka yang sudah menerima vaksin.

Terbaharu, sebagai usaha untuk imuniti, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksaan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, penawaran dos ketiga vaksin ini disasarkan buat kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imun serta warga tua dengan komorbiditi. Pemberian vaksin ini bakal dimulakan selepas Malaysia mencapai 80% individu dewasa yang menerima dua dos suntikan vaksin.

Difahamkan pemberian dos ketiga ini diberikan dalam meningkatkan imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas pemberian dos kedua sebelum ini. Setakat ini, masih belum dimaklumkan bilakah tarikh program vaksinasi suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 ini bakal ditawarkan secara rasmi.

Tular pada hari ini apabila atlet renang, Pandelela berkongsi sikap sebenar KJ selepas tular isu lawatan beliau di hospital

Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital, Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ

‘Assalamualaikum’ – Respon Pantas KJ Terhadap Video Tular Selepas Sah Pegang Jawatan Menteri Kesihatan