Mulai menyerang dunia pada akhir tahun 2019, siapa sangka pandemik ini nampaknya terus berlarutan sehingga tahun 2022. Lebih parah, wabak ini disahkan mampu bermutasi dengan melahirkan varian-varian terbaru yang lebih bahaya dan mudah merebak.

Kehadiran varian Omicron serta kesan vaksin yang semakin berkurang dalam badan turut mendesak beberapa negara untuk menawarkan dos penggalak buat rakyatnya. Malaysia juga tidak terlepas dengan menawarkannya seawal November lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: the japan times

Menurut New York Times, Israel pula telah muncul sebagai negara pertama dunia yang menawarkan dos ketiga buat rakyatnya pada tahun lalu diikuti dengan dos keempat yang bermula pada hari ini.

Difahamkan ujian pemberian dos keempat ini diberikan kepada individu yang berisiko tinggi dan berusia lebih 60 tahun sebelum ditawarkan secara meluas sekiranya berjaya. Ujian ini turut dibuat bagi mengetahui sekiranya dos keempat mampu meningkatkan kemampuan tubuh menentang COVID-19 atau sebaliknya.

Sementara itu, KKM pada hari lalu turut memaklumkan sedang mengkaji keperluan mendapatkan dos keempat berikutan ancaman penularan varian Omicron.

Selain itu, pengambilan vaksin Sinovac bersama dos penggalak Pfizer didakwa kurang berkesan melawan varian Omicron.

Pakar Dakwa Vaksin Sinovac Dengan Dos Penggalak Pfizer Kurang Berkesan Melawan Omicron

Angkara Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Kanak-Kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan