Sekiranya anda mengikuti perkembangan Ultimate Fighting Club (UFC) pastinya anda cukup kenal dengan Khabib Nurmagomedov. Berjaya mengalahkan Conor Mcgregor serta lantang dalam menyuarakan cintanya terhadap agama Islam antara yang membuatkan beliau menjadi idola kepada orang ramai.

Menerusi perlawanan UFC 254 yang baru sahaja berlangsung, Khabib Nurmagomedov telah berjaya mengalahkan lawannya, Justin Gaethje sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah beliau kepada 29-0.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ElH9zB4VgAE0Ud4

Meskipun kemenangan beliau mungkin dijangka ramai, pengumuman beliau sejurus selepas tamat perlawanan telah mengejutkan pelbagai pihak apabila Khabib mengumumkan untuk bersara daripada UFC secara rasmi.

Lebih menyayat hati ramai, beliau maklumkan persaraan daripada dunia UFC sudah dibincangkan bersama ibunya dimana ibunya tidak mahu beliau berlawan lagi tanpa ayahnya disisi. Beliau turut berjanji perlawanan menentang Justin Gaethje ini akan menjadi perlawanan terakhirnya.

ElH-z8OVkAAbtIc

Difahamkan ketiadaan ayahnya iaitu Abdulmanap Nurmagomedov yang juga merupakan jurulatih serta banyak membimbing beliau dalam dunia UFC antara sebab utama beliau memilih untuk bersara.

Persaraan Khabib Nurmagomedov dalam dunia UFC sekaligus meletakkan beliau sebagai antara yang terbaik dalam sejarah UFC selepas berjaya merekodkan 29 perlawanan tanpa kalah. Tahniah diucapkan buat Khabib Nurmagomedov!

Pihak UFC juga turut berkongsi tribute buat ayah Khabib yang baru sahaja meninggal dunia sebagai individu yang banyak berjasa dalam dunia UFC. Tahniah diucapkan buat Khabib Nurmagomedov atas pencapaian yang sangat membanggakan.

Pada minggu lalu Cristiano Ronaldo mengatakan beliau sangat yakin Khabib akan menang perlawanan terakhirnya menentang Justin Gaethje jika diizinkan Allah.

Cristiano Ronaldo Yakin ‘Saudaranya’ Khabib Akan Menang Jika Diizinkan Allah

Berhenti Kelahi Seketika, Conor McGregor Ucap Takziah Buat Bapa Khabib

Khabib Setuju ‘Rematch’ Dengan McGregor Jika UFC Sanggup Penuhi Satu Syarat