Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap kali pilihan raya, pastinya orang ramai dapat lihat pelbagai nazar yang disebutkan ahli politik dalam usaha untuk meraih undi para rakyat. Situasi ini bukan sahaja berlaku kepada ahli politik, malah turut belaku kepada penyokong fanatik sesuatu parti.

Dalam pada itu, seorang wanita yang merupakan warga Tamil Nadu, India memilih cara yang ekstrem dengan bernazar untuk memotong lidahnya sendiri sekiranya parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) menang. ‘Nasib’ menyebelahi dirinya apabila parti DMK dipilih oleh rakyat.

Dilaporkan wanita yang bernama Vanithaa ini nampaknya tidak menunggu lama dan berdalih dengan nazar yang dibuat serta terus ke sebuah kuil dan memotong lidahnya.

Difahamkan beliau berniat untuk menyerahkan lidahnya kepada pihak kuil walau bagaimanapun permohonan beliau terpaksa ditolak angkara sekatan COVID-19 membuatkan beliau memilih untuk meninggalkan lidah beliau di luar pintu kuil. Menurut India Times, Vanithaa terpaksa dibawa ke hospital sejurus selepas memotong lidah akibat pengsan.

Untuk pengetahuan, kemenangan DMK dalam pilihan raya yang berlangsung baru-baru ini merupakan kemenangan pertama DMK selepas 10 tahun sebagai pembangkang.

Tular pada minggu ini apabila pelawak Lan Pet Pet sekali lagi terlibat dengan pergadungan selepas merangkul leher dan memukul penghantar makanan.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar Mengasuh Anaknya Dipuji Netizen

Anda Mungkin Suka