Penularan wabak coronavirus masih lagi menjadi kebimbangan ramai orang di seluruh dunia. Disebabkan wabak ini, boleh dikatakan topeng muka habis dijual di kebanyakan tempat.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Alexie Tan berkongsi di Facebook miliknya tentang kegiatan seorang lelaki menjual topeng muka secara haram di Singapura. Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu menjual face mask secara car boot dan dapat dilihat stok yang banyak dalam bonet kereta lelaki itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak diketahui beliau mendapatkan stok tersebut dimana. Difahamkan bahawa topeng muka tersebut dijual dengan harga $40 (~RM119.30) sekotak dan $1 (~RM3)  sekeping.

Menurut beliau, sepatutnya kemudahan pembelian topeng muka ini dapat dibeli oleh mereka yang lebih memerlukannya. Perkongsian tersebut pelbagai reaksi netizen dan ada yang tidak bersetuju dengan cara lelaki tersebut menjual topeng muka seperti itu.

Penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga sekarang dan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dijangkiti virus. Apa kata baca artikel berkaitan coronavirus pada pautan di bawah ini.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Dihantui Ketakutan, Rakyat Singapura Mula Lakukan ‘Panic Buying’ Hadapi Coronavirus

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi

Sumber