Zalim dan tidak berperikemanusiaan, itulah yang boleh diungkap buat kejadian yang menimpa seorang wanita di India ini selepas tangki oksigen beliau untuk merawat COVID-19 dirampas polis untuk diberikan kepada golongan kenamaan sehingga menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut anaknya yang berusia 17 tahun, beliau pada ketika itu sedang menjaga ibunya yang kritikal berikutan COVID-19. Di saat ibunya sedang sakit, muncul beberapa anggota polis yang memasuki wad serta merampas silinder oksigen yang digunakan ibunya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat remaja berkenaan menangis dan merayu kepada pihak polis agar tangki oksigen berkenaan dikembalikan walau bagaimanapun permintaan beliau ditolak.

Remaja yang bernama Ansh Goyal ini memaklumkan kepada Times of India di mana beliau sudah berjanji kepada keluarganya untuk membawa pulang ibunya dalam keadaan selamat. Namun sebaliknya berlaku di mana beliau terpaksa memberi CPR beberapa kali untuk menyelamatkan nyawa ibunya namun tetap gagal sehingga menyebabkan kematian.

Jawapan yang diberikan nyata berbeza dengan maklum balas daripada pihak polis yang memaklumkan mereka wad untuk mengambil tangki oksigen yang sudah pun kosong sekaligus mengesahkan tiada rampasan tangki oksigen yang berlaku. Pihak polis juga turut mendakwa video yang dikongsikan sekadar mengelirukan orang ramai.

Berikutan insiden yang berlaku, Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna memaklumkan tindakan yang serius bakal diambil kepada pihak polis berkenaan jika disahkan bersalah.

Terbaharu, syarikat Berjaya memaklumkan sedia menawarkan rumah mampu milik buat golongan B40 dengan pembiayaan sehingga 60 tahun.

Mahu Bantu Golongan B40, Berjaya Sedia Tawarkan Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

Netizen Dakwa ‘Abang Burger’ Sebenarnya Hidup Mewah, Pernah Disaman Langgar SOP Sebelum Ini

Sumber