Siri animasi Upin Ipin merupakan animasi dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Indonesia dan mempunyai peminat yang banyak di sana menjadikan ia antara siri popular dalam kalangan rakyat Indonesia.

Dalam siri animasi tersebut, karakter Mail terkenal dengan ‘tagline’ 2 seringgit dimana dia menjual ayam madu di pasar malam. Susulan itu, seorang pengguna TikTok @sasa.nielsen telah berkongsi sebuah video dimana dia ke pasar malam di Malaysia untuk mencari ayam madu 2 seringgit seperti dalam siri Upin Ipin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@sasa.nielsen

Mail bohong ah🤪 | Ig @Sasa.nielsen #vlognyasasa #fyp #foryou #vlog #malaysia #food #foodie #foodtiktok #kuliner #kulinertiktok

♬ original sound – sarina nielsen – Sarina Nielsen

Menerusi video tersebut, dia mengatakan bahawa ayam madu itu bukanlah berharga RM1 seperti dikatakan tetapi berharga RM5. Tambahnya dalam satu komen, dia mengatakan dia faham harga sudah berubah disebabkan faktor ekonomi semasa.

Malah, dia juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan lain di pasar malam tersebut. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mengatakan bahawa sudah tiada ayam yang dijual dengan harga 2 seringgit.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan jika masuk ke pasar malam pasti akan berhabis duit sehingga RM50 dan kadangkala lebih daripada itu. Malah, ada juga netizen mengatakan pasar yang dipergi oleh wanita itu menjual harga yang sedikit mahal dan mencadangkan agar wanita terbabit pergi terjah ke pasar malam lain.