Setiap negara mempunyai kawasan-kawasan yang ‘tidak pernah tidur’, di mana masih ramai orang berada di luar rumah walaupun jam sudah menunjukkan lewat malam.

Bagi Malaysia, Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan di mana waktu malamnya masih ramai aktif bergerak di sana sini. Perkara ini telah menarik perhatian Anna Sullivan, seorang konsultan pemasaran yang bekerja secara remote di tengah-tengah bandar ibu kota ketika ini.

Baca Juga:

Dalam satu video TikTok dikongsikannya, Anna terkejut apabila melihat ada orang bermain bola sepak pada awal pagi.

“Saya terdengar bunyi wisel dan untuk pengetahuan anda sekarang sudah pukul 1.30 pagi. Saya baru sedar masih ada orang sedang bermain bola sepak.

“Mungkin sebab pada waktu pagi suhu di Malaysia mencecah lebih 90 fahrenheit (32 darjah celcius), jadi sebab itulah mereka bermain pada waktu malam, lebih sejuk,” kata Anna.

@anna_sullivan10

KL things ⚽️🇲🇾 #kl #kualalumpur #malaysia #latenight #cityscape #highrise #soccer #futbol

♬ original sound – Anna Sullivan

Netizen memberikan reaksi kepada perkongsian video Anna itu sebagai satu perkara biasa di Malaysia. Selain melakukan aktiviti sukan, orang-orang di Malaysia turut masih keluar mencari makanan ketika waktu itu.

“Selalunya kami juga akan berjumpa dengan rakan-rakan pada pukul 3 pagi untuk minum teh tarik dan makan roti canai.

“Kini anda tahu orang Malaysia juga makan nasi atau maggi pada pukul 3 pagi,” antara sebahagian komen-komen yang dikongsikan oleh netizen pada video tersebut.

Dalam pada itu, netizen menerangkan oleh sebab hari keesokannya hari cuti, oleh sebab itu orang ramai mengambil peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti pada lewat malam.

Sumber Gambar: TikTok @anna_sullivan10
Sumber Gambar: TikTok @anna_sullivan10
Sumber Gambar: TikTok @anna_sullivan10

Dalam satu perkongsian video lain, Anna menyatakan dia tidak tidur pada lewat malam kerana bekerja pada waktu-waktu sebegitu dan dia ‘mengesahkan’ tiada lagi orang bermain bola sepak pada pukul 3 pagi.

“Sekarang sudah pukul 3 pagi dan nampaknya sudah tiada lagi orang bermain soccer. Mungkin inilah masa untuk mereka tidur.

“Maaf bukan soccer, tetapi football,” jelas Anna.

Ayat terakhir itu diucapkan kerana ramai netizen memberitahunya di Malaysia permainan bola sepak tidak dipanggil sebagai soccer, sebaliknya lebih dikenali football.