Menerusi satu laporan, dikhabarkan bahawa kos hotel di Makkah dan Madinah makin meningkat dan ia telah membangkitkan keresahan jemaah umrah di negara kita.

Susulan itu, bakal jemaah juga telah diminta untuk bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat-saat akhir sebelum berlepas ke Tanah Suci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lantaran itu, pensyarah Fiqh Fatwa Semasa, Pusat Kajian Syariah yang juga Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff telah mendedahkan taktik kotor pihak pengurusan hotel di Arab Saudi yang didakwa ‘main harga’ hingga sanggup batalkan tempahan hotel di saat akhir bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumayan dan tinggi.

“Makin melampau lagi apabila booking telah diambil, tapi apabila jemaah semua sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yang tidak menepati apa yang dijanjikan.

“Teruk betul pengurusan perhotelan di Arab Saudi sekarang! Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ada walaupun jemaah kena tipu setiap hari.” tulisnya di Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata bahawa perkara tersebut berada di luar kawalan kerajaan dan pihak mereka memahami beban yang bakal dialami para jemaah.