Bukan semua mainan perlu dibeli. Adakalanya bahan terbuang seperti kotak saja sudah cukup untuk buat anak teruja dengan mainan baru mereka.

Kami bawakan 17 idea untuk buat mainan dari bahan-bahan yang ada di rumah.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Yang penting ia menjimatkan dan buat anak seronok sambil merangsang perkembangan otak dan koordinasi pancaindera mereka.

1. Tukar kotak jadi peta dan pelan bandar. Boleh ajak anak lukis ikut imaginasi mereka.

mainan-dari-barang-rumah-1

2. Alang-alang suka main gunting, jom kita gunting sampai jadi sesuatu yang cantik!

mainan-dari-barang-rumah-2

3. Musim jerebu sesuai sangat buat game ni. Potong berbagai bentuk dan tampal kat lantai untuk main ting-ting. Tak bosan lagi di rumah bila cuaca tak elok dan udara berjerebu.

mainan-dari-barang-rumah-3

4. Istana dari kotak siap dengan jambatan. Macam kota zaman purba pula.

mainan-dari-barang-rumah-4

5. Botol mineral jangan buang. Boleh guna untuk belajar mengira, kenal warna dan gerakan motor di bahagian tangan untuk masukkan guli dalam botol.

mainan-dari-barang-rumah-6_edited

6. Hanya perlukan butang, benang, jarum dan kain flannel. Senang sangat.

mainan-dari-barang-rumah-7_edited

7. Sesuai untuk anak yang suka tarik barang dari atas meja dan tepi TV. Mudah saja. Gunakan kotak terbuang. Tebuk lubang dan masukkan tali atau riben berwarna warni. Pintalkan bahagian hujung tali agar ia terlekat kemas di dalam kotak. Bagus untuk melatih koordinasi mata dan tangan.

mainan-dari-barang-rumah-8_edited

8. Perca kain pun boleh jadi mainan. Anak boleh rasai tekstur kain yang berbeza. Jika tak ada, boleh minta dengan kedai jahit baju. Hehe.

mainan-dari-barang-rumah-9

9. Botol air yang kosong boleh digunakan semula sebagai bekas mainan. Jika tak ada botol air, boleh gantikan dengan botol minyak masak saiz besar. Pastikan di basuh bersih ya.

mainan-dari-barang-rumah-10

10. Buku bukan hanya untuk di baca tapi juga boleh dijadikan bahan belajar yang lain. Dari mainan ini anak akan belajar; keterampilan motor halus, koordinasi mata (mengikuti objek dengan mata mereka), tangan dan koordinasi mata, manipulasi, ekspektasi, penyebab dan akibat (iaitu mendorong objek ini dari tepi membuatnya bergolek), cara memindahkan objek, bentuk yang boleh bergolek dan yang tidak bergolek, bagaimana untuk memahami benda-benda kecil, emosi, keseronokan, agakan dan kegembiraan, tentang graviti, apa yang harus dilakukan, sensori – sentuhan, bentuk bulat, tekstur halus dll

mainan-dari-barang-rumah-12

11. Pakai bekas dadih atau tupperware plastik pun boleh ni. Main susun-susun sampai jadi tinggi. Yeay!

mainan-dari-barang-rumah-13

12. Inilah kota di raja zaman dahulu. Siapa nak jadi permaisuri?!

mainan-dari-barang-rumah-15

13. Kotak juga boleh dijadikan bilik kecil dan lost puzzle

mainan-dari-barang-rumah-16

14. Boleh gantikan dengan bola plastik berwarna warni dan balang plastik. Yang penting latihan koordinasi mata dan dan tangan sambil mengenal warna.

mainan-dari-barang-rumah-17

15. Ini pun sangat senang nak dibuat. Pondok dari kotak.

mainan-dari-barang-rumah-19

16. Boleh juga letak lampu lip-lap di bahagian atas kotak. Jangan lupa tebuk lubang. Cantiknya.

mainan-dari-barang-rumah-21

17. Main rumah-rumah dengan kotak. Senang, cepat dan murah. Tak perlu beli mahal-mahal.

mainan-dari-barang-rumah-14

mainan-dari-barang-rumah-20_edited

Jika nak cantik, boleh warnakan. Bolehlah buat ala-ala sedang cat rumah.

mainan-dari-barang-rumah-18_edited

mainan-dari-barang-rumah-22

mainan-dari-barang-rumah-23

mainan-dari-barang-rumah-24

BACA: 4 Tips Elak Tantrum Anak Semasa Sedang Membeli-belah

BACA juga: Permainan Buatan Sendiri Yang Akan Buat Anak Lelaki Anda Leka Bermain

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka