Semalam, Majalah 3 tampil dengan sebuah dokumentari yang memaparkan situasi sebenar yang berlaku ketika penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita.
Menerusi dokumentari tersebut, kita dapat lihat bagaimana petugas barisan hadapan berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka ini dan juga bagaimana para pesakit COVID-19 pada tahap 4 atau 5 yang terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan tidak dapat berjumpa dengan keluarga tersayang.
Malah, ada juga pesakit yang hanya mampu melihat keluarga tersayang dengan video call sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kata-kata jururawat dalam dokumentari tersebut yang mengatakan pihak perubatan tidak mengira bangsa dan agama bertungkus lumus menjaga para pesakit sehingga sembuh.

Dokumentari yang disiarkan di saluran TV3 itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa sebak melihat laporan tersebut. Malah, para netizen turut berharap orang ramai akan miliki kesedaran untuk mengamalkan SOP agar dapat membendung penularan wabak COVID-19 yang makin membimbangkan.
To those who still think that covid 19 is not real and/or a conspiracy, may this be a wake up call for all of you. https://t.co/XT4UFIWrxW
— Adzrul Rahman (@Adzrulrhmn) May 18, 2021
My wife is a frontliner. Mostly everytime balik dia akan rasa penat and sedih tak dapat spend more time with family. Kena berkorban for this responsibilities. Seing her sad makes me sad.
Don't be selfish.
Covid-19 is real.Frontliners deserve a break.#KitaJagaKita https://t.co/LzNjCrl6dz
— فيصل 🇲🇾 (@ffaisalburn) May 18, 2021
ye do i saw this live yesterday and my family touched gila its fucking crazy that we dont see enough of this side of the pandemic https://t.co/9W9Iq1N46Q
— qiqi (@amirulqiqi) May 18, 2021
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi kepenatan ahli keluarga mereka yang merupakan petugas barisan hadapan sepanjang pandemik ini menular. Malah, para netizen cukup terharu dan sedih melihat sisi lain yang dialami oleh para petugas barisan hadapan dan juga pesakit COVID-19.
Untuk rekod, wabak pandemik COVID-19 yang bermula di China pada tahun 2019 kini telah menular ke seluruh dunia. Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia direkodkan sebanyak 474,556 kes semalam dan dijangka akan meningkat jika orang ramai tidak mengamalkan SOP.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang berkaitan dengan kes pelanggaran SOP pada pautan di bawah.
Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi
Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan