Kini peminat setia majalah Gila-Gila boleh mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan majalah hiburan tempatan terutamanya karya kartunis yang legend melalui aplikasi GG Komiks. Aplikasi ini sudah tersedia untuk pengguna android dan iOS.

Pelancaran aplikasi ini telah dirasmikan oleh tokoh kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Aplikasi ini membenarkan pengguna memuat turun semua isu daripada isu pertama yang pernah diterbitkan pada tahun 1978.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
81556705506_Lat
Sumber: Astro Awani

Menurut kenyataan Pegawai Eksekutif Gila-Gila Digital, pengenalan aplikasi ini adalah untuk membangunkan semula industri komik tempatan yang pernah mencuri hati pelbagai lapisan masyarakat suatu masa dahulu. Tambahnya lagi, pihaknya mengambil masa 8 bulan untuk membangunkan aplikasi ini dan akan memuat naik isu baharu setiap seminggu untuk bacaan peminat. Untuk memuat turun anda boleh klik disini untuk Android dan klik disini untuk Apple Store.