Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Donald Trump akan menggantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu. Majalah terkemuka TIME telah memilih Donald Trump sebagai Person Of The Year (POTY) untuk tahun ini dan pemilihan Trump ini mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak.

Disebabkan beliau masih baru dan tidak sempat pun lagi berkhidmat sebagai Presiden Amerika, ramai merasakan ada individu yang lebih layak untuk menjadi Person Of The Year Majalah TIME selain Donald Trump.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak tahu sama ada majalah TIME sengaja menjadikan Donald Trump sebagai POTY kerana mengikut reaksi netizen, TIME tampak seperti sengaja mahu ‘kenakan’ Donald Trump dengan imej posing beliau yang dikatakan hampir sama dengan Adolf Hitler; yang suatu ketika dahulu pernah menjadi muka depan untuk majalan TIME.

Berita mengenai Trump di akhbar Iran

Pengguna di Twitter juga turut perasan maksud tersirat yang lebih deep tentang gambar cover Donald Trump ini. Jika anda lihat pada kedudukan huruf M pada tulisan TIME, anda akan lihat kedudukannya tepat sahaja berada di atas kepala Trump. Ada yang beranggapan TIME secara halus meletakkan ‘tanduk’ di atas kepala Trump.

“Dipilih sebagai Person Of The Year majalah TIME adalah satu pengiktirafan yang besar,” kata Trump apabila ditanya berkenaan pemilihannya. Editor TIME, Nancy Gibbs berkata memilih Trump bukanlah sesuatu yang sukar. Pemilihan seseorang individu adalah berdasarkan impaknya kepada sesuatu perkara berskala global. Tahun lepas, Chancellor German Angela Merkel dipilih untuk anugerah ini.

Impak terbesar Donald Trump tahun ini adalah memenangi kerusi Presiden Amerika Syarikat untuk menjadikan America Great Again. Sebelum ini pemerintah kuku besi seperti Joseph Stalin dan Adolf Hitler juga pernah mendapat pengiktirafan ini.

Siapa-siapa sahaja boleh mendapat pengiktirafan ini asalkan mereka memberi impak kepada dunia; tidak kira mereka membawa agenda jahat ataupun baik. Dunia masih tertanya-tanya tentang dasar Donald Trump apabila beliau memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat nanti. Semoga rakyat Amerika Syarikat tidak menyesal dengan pilihan mereka ini.

Sumber