Gigi Hadid sebelum ini mengumumkan di laman Instagram miliknya bahawa dia akan menderma kepada negara konflik. Dalam catatan tersebut, supermodel itu berkata dia akan mendermakan pendapatannya kepada negara-negara yang terlibat dengan perang.

Majalah Vogue turut menyokong tindakan Gigi dan membuat catatan sama mengenainya, namun hantaran dari majalah terkemuka dunia itu membawa kritikan kerana bersikap perjudis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya berjanji untuk mendermakan pendapatan saya dari pertunjukan fesyen Spring 2022 kepada mereka yang menderita akibat perang di Ukraine sambil terus menyokong mereka yang merasakan perkara yang sama di Palestin,” tulis Gigi di Instagramnya.

Majalah Vogue turut menyokong dan memuat naik kenyataan Gigi Hadid di laman Instagram milik jenama tersebut. Namun kenyataan yang di muat naik tersebut, Vogue seolah dilihat sengaja memadam Palestin dan hanya menyebut Ukraine.

Perkara ini mendapat kritikan ramai pihak dan dibincangkan secara meluas di media sosial, yang berakhir dengan Vogue yang menyunting semula kenyataan yang sudah di muat naik.

Aktivis Palestin Mohammed El-Kurd berhujah bahawa media mengetepikan fakta dalam kenyataan Gigi kerana bimbang pihak Zionis tidak boleh menerima kenyataan tersebut.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada kakak Gigi, Alana Hadid yang mengakui kecewa dengan cara Vogue membanding negara yang terlibat dengan perang. Dia juga mengulas mengenai siaran Vogue. ‘Wah, kamu menghapuskan Palestin. Gigi menyokong kedua-dua krisis di Ukraine dan Palestin.’

Sebelum ini, keluarga Hadid sering bercakap mengenai kurangnya liputan dari orang ramai terhadap konflik yang terjadi di negara bergolak tersebut. Bella Hadid pula pernah mengecam Instagram kerana memadam gambar yang menunjukkan pasport bapanya yang berasal dari Palestin.

Disahkan keturunan diraja Palestin, ayah Bella Hadid dilayan kejam oleh Yahudi Israel. Rujuk pautan di bawah untuk membawa.

Disahkan Keturunan Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Dedah Pernah Dilayan Kejam Oleh Yahudi Israel

‘Tidak Tahu Malu!’ – Kerajaan Israel Kecam Bella Hadid Kerana Sertai Demo Sokong Palestin

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin