Krismas datang lebih awal untuk pekerja di firma hartanah ini apabila mereka dikejutkan dengan bonus bernilai sehingga RM41 juta kepada 198 pekerja.

Syarikat yang berpangkalan di Baltimore, St. John Properties diberi bonus setiap seorang dari RM200,000 sehingga RM1 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bayaran bonus ini ditetapkan mengikut berapa lama mereka bekerja untuk firma hartanah tersebut.

Kejutan ini dilakukan oleh majikan ketika mereka mengada satu majlis tahunan di mana ia berakhir dengan kegembiraan buat mereka – ada yang menangis gembira apabila mendengar kejutan tersebut.

Bonus ini diagihkan selepas para pekerja telah mencapai matlamat yang ditetapkan oleh majikan pada awal tahun ini.

Dalam satu temubual, pengasas syarikat dan juga salah seorang pegawai tertinggi syarikat, Edward St. John berkata, “Falsafah saya adalah sentiasa mengelilingi diri saya dengan yang [orang] terbaik dan jujur  – dan itulah yang kami lakukan.”

Kami juga pernah menulis tentang bonus yang diterima oleh bekas CEO 1MDB. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas CEO 1MDB Mengaku Terima Gaji RM99,000 Sebulan Dan Bonus RM1.44 juta

PNB Umum Pengangihan Bonus Dan Dividen Sebanyak RM14.6 Bilion