Konsert Coldplay di Jakarta dan Kuala Lumpur telah menjadi topik hangat sejak beberapa minggu ini. Terbaharu, sebuah syarikat di Indonesia menawarkan pinjaman kepada pekerja yang ingin membeli tiket konsert kumpulan dari London, United Kingdom ini.

Melalui pendedahan sebuah akaun Twitter @aetharaz, beliau menerima emel daripada majikannya yang menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada pekerja yang ingin menonton Coldplay.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Pejabat saya, terutamanya CEO saya, menyediakan pinjaman dengan faedah 0% untuk mereka yang ingin menonton Coldplay. Jika Taylor Swift datang ke Indonesia, dia juga akan memberikan pinjaman tersebut,” kata Nicole seperti dipetik dari Detikcom.

Nicol juga berkata, tujuan CEO syarikatnya menawarkan pinjaman tersebut adalah kerana dia pernah menghadiri konsert Coldplay dan ingin memberi peluang kepada pekerjanya merasai pengalaman yang sama.

“Sebab dia pernah menonton Coldplay, dan konsert itu memang bagus. Saya tidak tahu mengenai perkara ini, tetapi persekitaran pejabat saya sangat menyokong dan menyeronokkan,” katanya.