Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah mengisytiharkan perintah darurat di Tokyo serta beberapa wilayah lain seperti Kanagawa, Chiba, Saitama, Osaka, Hyogo, dan Fukuoka.

Walaupun pengumuman itu dilakukan di beberapa kawasan sahaja, namun ia tetap diambil serius oleh seluruh rakyat Jepun bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19. Gabenor Yamagata Prefectural Emiko Yoshimura sebagai contoh telah meminta penduduk di kawasannya agar duduk di rumah dan elakkan melakukan perjalanan ke luar wilayah.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan oleh pekerja berusia 20 tahun dan dia tetap hadir ke tempat kerja seperti biasa. Pemuda yang bekerja di syarikat pembinaan dilaporkan enggan untuk kekal di rumah dan telah melakukan perjalanan ke Sendai di Miyagi Prefecture untuk bekerja.

Pejabat tempatnya bekerja telah mengeluarkan arahan untuk semua pekerja kekal berada di rumah dan jangan hadir ke tempat kerja sebagai langkah untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 ke dalam premis tersebut.

Selepas pengurusnya yang berumur 46 tahun mengetahui mengenai hal tersebut. Dia telah bertindak menegur pekerja tadi dengan menumbuknya di bahagian muka dan kepala.

Sora News 24 melaporkan bahawa ini bukanlah kali pertama pekerja itu membantah keputusan yang dibuat oleh syarikat. Pemuda itu juga dilaporkan telah gagal untuk mempraktikkan disiplin keselamatan semasa bekerja dan ia telah menaikkan kemarahan pengurus tersebut.

Namun, bagi pihak polis, mereka membantah tindakan keras yang dilakukan oleh pengurus itu. Dia telah ditahan kerana melakukan kekerasan terhadap pekerjanya.

Untuk rekod, Jepun telah mencatat lebih 6,000 kes positif COVID-19 dengan 98 kematian telah dicatatkan. Manakala lebih 700 orang telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas sembuh dari wabak yang telah membunuh lebih 100,000 orang di seluruh dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Jepun, klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Jepun Bina Pusat Kuarantin Di Lapangan Terbang, Guna Kadbod Sebagai Katil

Gackt, Penyanyi Legenda J-Rock Yang Cintakan Malaysia Dan Memujinya Di Stesen TV Jepun

‘Lockdown’ Di India, Ibu Sanggup Redah Perjalanan 1,400KM Kerana Rindukan Anak

 

Anda Mungkin Suka