Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejadian dakwaan seorang lelaki di mana air Starbucks yang dibeli olehnya dicuri oleh rider Grab akhirnya memasuki episod baharu dan dia dilaporkan sudah digantung kerja.

Lelaki yang bernama Ezrin Nazan difahamkan telah digantung kerja secara serta merta oleh pihak majikannya Bateriku.com sementara siasatan menyeluruh akan dilakukan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh pihak Bateriku.com di laman Twitter, mereka berkata bahawa pihak syarikat mengambil maklum mengenai kejadian terbabit dan memohon maaf dengan tingkah laku beliau.

“Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan samada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com.

“Pihak Bateriku.com telah mengambil tindakan serta merta untuk menggantung kerja Ezrin Nazan sementara siasatan dilakukan,” kata Bateriku.com dalam satu kenyataan.

Kenyataan ini telah mendapat perkongsian ramai oleh netizen di sosial media dengan sebahagian daripada mereka bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @exmnexmnmn merasa sangat kecewa mengapa air yang dipesannya di Starbucks tidak cukup. Malah, beliau menuduh rider yang menghantar air kepadanya mencuri salah satu minuman miliknya.

Dia mendakwa bahawa dia sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang tiba hanya dua cawan. Dalam gambar yang dikongsi, bilangan cup holder yang ada dalam beg berkenaan adalah dua bekas.

Dakwaan lelaki ini jelas tidak boleh diterima netizen apabila sebahagian daripada mereka berkata bahawa tuduhan beliau sebagai tidak berasas. Netizen turut menyatakan bahawa bukan kerja rider untuk memeriksa setiap tempahan cukup atau tidak.

Terdahulu, seorang lelaki menuduh ‘rider’ curi air Starbucks, Grab Malaysia tampil beri penjelasan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tuduh ‘Rider’ Curi Air Starbucks, Grab Malaysia Tampil Beri Penjelasan

 

 

Anda Mungkin Suka