Kelmarin SPR telah mengumumkan 9 Mei 2018 yang jatuh pada hari Rabu sebagai tarikh rasmi PRU 14. Ianya mengundang pelbagai reaksi orang ramai. SPR turut mengeluarkan kenyataan bahawa majikan tidak wajib memberikan cuti khas sehari kepada pekerja masing-masing pada tarikh tersebut tetapi mereka perlu menberi jangka masa yang munasabah kepada pekerja untuk memastikan mereka keluar mengundi.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, “Tempoh masa bersesuaian antara satu hingga dua jam perlu diberikan. Sebagai contoh masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Namun, jika majikan dapat memberi kelonggaran, pekerja boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke pejabat,” katanya.

Shamsuddin berkata, masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal bukan masalah di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal mereka yang terkini.

Ada sebab kenapa pengundi tidak mahu menukar alamat kerana salah satunya mereka lebih selesa untuk pulang mengundi di tempat asal berbanding tempat mereka mencari rezeki. Marilah sama-sama kita menunaikan kewajipan mengundi di PRU 14 ini.