Sebut mengenai hari perkahwinan, pastinya ramai yang mengidamkan majlis perkahwinan yang dilangsung dapat berjalan dengan lancar meskipun dilakukan dengan penuh sederhana mengikut adat setempat. Diberkati dengan berkekalan antara impian bagi semua pengantin.

Dalam pada itu, terdapat pasangan pengantin yang memilih cara unik atau dilabel anti-mainstream dengan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan tema disko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @diskodiwedding ini, difahamkan pasangan  Muslim ini telah memilih tema disko kerana menggambarkan karakter pengantin sewaktu mengiring jalan ke pelamin.

@diskodiwedding

Wedding Entrance anti-mainstream ? Yes please ! Style music yang kamu pilih untuk mengiringi jalannya kamu dan pasangan menuju pelaminan haruslah yang paling sesuai dan bisa menggambarkan karakter kalian berdua 😊☝🏻 #diskodiwedding #weddingdj #djwedding #intimatewedding #diskoindonesia #weddingkarawang #resindahotel #pengantinhijab #akadnikah #afterparty #fypsounds #trumpet #trumpets #narco

♬ original sound – Diskodiwedding™️ – Diskodiwedding® | Wedding DJ

Pemilihan pengantin ini dengan imej Muslim serta telah berjaya meraih lebih 2.3 juta tontonan ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai respon dan pertikaian di kalangan netizen.

Terdapat netizen yang memaklumkan situasi seperti ini pastinya tidak dapat dilakukan beliau berikutan tentangan keluarga. Tidak kurang juga yang memaklumkan lebih selesa sekiranya majlis diceriakan dengan alunan zikir tanpa disko.

Sumber: tiktok diskodiwedding
Sumber: tiktok diskodiwedding
Sumber: tiktok diskodiwedding

Berdasarkan semakan pada laman TikTok ini, difahamkan laman ini sememangnya aktif menerima pasangan pengantin yang mahukan kelainan buat majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Indonesia.