Pelakon dan pengarah, Ogy Ahmad Daud baru-baru ini mengejutkan orang ramai apbila dia memaklumkan dia akan melangsungkan majlis perlahwinannya pada minggu hadapan.

Menerusi foto yang dikongsikannya di Instagram, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud mengatakan dia sudah menerima pinangan daripada pihak lelaki serta menghitung hari bahagianya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/ClsXj6EPckG/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Tambah pelakon Azura itu lagi, dia berkata tidak sabar untuk berkahwin dengan pasangan cinta hatinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokongnya untuk berkahwin semula, malah rakan artis turut mendoakan supaya dipermudahkan segala urusannya.


Sehingga sekarang, Ogy masih tidak memberitahu siapa gerangan bakal suaminya itu dan masih dirahsiakan.

Sebelum ini Ogy pernah berkahwin dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.