Anak perempuan taikun dadah Mexico, Joaquín ‘El Chapo’ Guzmán telah berkahwin dengan sepupunya yang juga seorang taikun dadah yang dikenali sebagai ‘The Empress’ bulan lalu di sebuah tempat terpencil dan rahsia.

Kedua mempelai tiba dengan limosin kalis peluru, manakala ruang gereja telah ditempah khas hanya untuk mereka dan telah mendapat kawalan yang sangat ketat oleh tentera El Chapo

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

Alejandrina Gisselle Guzmán Salazar, 33, telah berkahwin dengan Édgar Cázares dalam upacara tertutup pada 25 Januari di ibukota Sinaloa, Culiacan, lapor Reuters yang  memetik akhbar Mexico Reforma.

Antara tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan ini adalah Blanca Margarita Cazares – ibu saudara kepada pengantin lelaki – yang bertanggungjawab mengubah wang haram dan telah diarahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk ditangkap. Beliau berjaya melarikan diri dari Mexico setelah Pentadbiran Pengkuatkuasaan Dadah AS (DEA) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 2007.

El Chapo tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Colorado, beliau telah diwakili oleh salah seorang anak lelakinya Ovidio Guzmán López yang telah mencetuskan perang dengan pihak berkuasa tempatan pada Oktober tahun lalu – beliau bertanggungjawab menjaga perniagaan ayahnya dan antara individu paling dikehendaki oleh AS dan Mexico.

Beberapa tetamu terhormat juga hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Turut dilaporkan bahawa beberapa muka ‘wanted’ oleh kerajaan Mexico dan AS turut sama meraikan majlis perkahwinan ini.

New York Post melaporkan bahawa gereja di sana telah ditutup kepada orang ramai semasa upacara perkahwinan berlansung.  Para pemerhati melihat ini adalah simbol kepada hubungan rapat di antara kartel dadah Mexico dan juga pihak gereja.

“Ini merupakan salah satu daripada ketinggian gereja Mexico – hubungannya dengan jenayah terancang – dalam tempoh 30 tahun yang lalu,” kata Rodolfo Soriano-Nuñez, ahli sosiologi yang mengkaji Gereja Katolik Mexico, memberitahu The Guardian.

Beberapa siaran di sosial media juga menunjukkan majlis ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Foto dan video yang dikongsi menunjukkan kedua-dua pasangan menikmati pertunjukan bunga api serta beberapa persembahan dari penyanyi terkenal Mexico.

Sejak El Chapo ditahan di penjara, anak perempuan beliau telah memanfaatkan kemasyhurannya dengan melancarkan jenama fesyen “El Chapo 701” – merujuk kepada majalah Forbes yang menamakan El Chapo sebagai antara orang paling kaya di dunia pada tahun 2009. Forbes menganggarkan nilai bersih Guzman adalah $ 1 bilion.

Terdahulu, anak lelaki El Chapo telah mencetuskan perang di Mexico. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh

Anda Mungkin Suka