Apa yang anda fikirkan bila mahu melihat sebuah video perkahwinan? Mesti dalam fikiran anda adanya pelamin yang yang dihias cantik, berpakaian kemas dengan solekan yang ala-ala artis ‘gitu‘. Tambah lagi dengan pengapit yang kacak dan cantik. Nak nampak lebih comel, ada anak-anak kecil yang mengiringi majlis tersebut.

Tapi untuk pasangan Saufy & Rozana ini, mereka telah memilih majlis perkahwinan yang lebih santai dan cool bertemakan Rock N Roll.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tonton video resepsi mereka yang telah berlangsung di Red Bungalow di bawah:

Nota tambahan: Majlis di atas diadakan bertujuan untuk meraikan rakan-rakan dan kenalan bisnes yang mengenali pengantin. Pasangan juga telah mengadakan majlis mengikut adat resam Melayu dikedua-dua belah pihak sebelum majlis ini berlangsung.