Artikel ini ditulis untuk membantu jurugambar/official photographer (OP) mendapat shot yang lebih cantik, lancar dengan kerjasama pengantin serta sedikit tip sampingan supaya majlis nampak lebih kemas.

Khasnya untuk keluarga yang pertama kali mengadakan majlis, pasti ada suara makcik sana, pakcik sini menyuruh itu, begitu, begini tak betul, dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan suasana jadi awkward dan keliru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan adanya rujukan ini, harapnya pelan pengantin atau keluarga akan teratur dan kemas dan jadi lebih selesa untuk semua pihak.

Tip untuk Perancangan Majlis

1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau sekurang-kurangnya reben untuk dipakai.

Jadi OP akan dapat betul-betul kenal pasti siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain daripada pasangan pengantin itu sendiri. Lebih elok juga, jika mereka memakai pakaian dengan warna tema yang sama. Ini semua orang tahu.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

2. Warna tema utama atau secondary paling sesuai/ selamat/ elegan: Putih

Backdrop putih: Glowing light dari belakang pengantin akan lebih cantik.

Alas meja putih: Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.

Payung putih: Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebih soft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikitlah muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.

3. Warna-warna lain yang sedap mata memandang: Warna pastel, tidak berkilat.

Dinding rumah atau langsir dengan warna-warna pastel memberikan impak luas, kalau merah pekat ke biru gelap ke rumah nampak sempit. Dinding putih atau warna-warna lembut akan membias lebih banyak cahaya ke dalam rumah. Jurufoto perlukan cahaya untuk menangkap gambar.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

4. Hantaran: Janganlah suruh makcik simpan henfon tu, kamera tu, cincin tu.

Kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad, OP (official photographer) tak sempat nak minta-minta, “Mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung je..” Nanti kalau tak ada gambar, OP lah yang kena.

Padahal makcik awak yang simpan takut nak letak takut kena curi katanya.

Lagi satu kalau bahan makanan misalnya buah, tak payahlah balut. Apa yang kilat contohnya balutan plastik lutsinar pada hantaran buah-buahan tu akan memantulkan cahaya, jadi, apa yang ada dalam tu kamera tak nampak. Tolonglah faham.. Rasa nak menangis ni..

Ataupun tak payahla nak bagi buah-buah nanas ke nangka ke durian ke.. (Dahlah berat). Bagi sahaja gula-gula beli di kedai, lebih menarik packaging-nya. Hantaran hanyalah adat, sebagai tanda. Yang wajib maskahwin.

Seelok-eloknya set hantaran disiapkan sebelum majlis berlangsung. Ini untuk membolehkan jurufoto atau video mengambil gambar details seberapa yang perlu selagi masa mengizinkan. Product shot yang cantik perlu dilakukan dengan rapi dan pencahayaan yang mencukupi perlu untuk kelihatan lebih cantik, selagi masa mengizinkan.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

5. Bunga telur depan pelamin.

Nanti masa bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk. Pada aku bunga telur depan pelamin tak perlu.

Pelamin punyalah moden, tiba-tiba ada pula telur-telur bergantungan.

Selalunya pengapit bagi bunga telur selepas salam pengantin, dan SELALUNYA OP akan ter-miss gambar bersalaman sebab pengapit yang depan OP sibuk nak hulur-hulur bunga telur.

Bunga telur masa makankan boleh bagi juga, pendapat peribadi jangan ambik hati, saya tak pernah paksa.

6. Guestbook

Elok juga kalau ada, anda tahulah siapa yang datang atau tak datang nanti.

Nanti masa dah tua-tua, boleh selak-selak guestbook ni. Bolehlah refresh sikit baca wish kawan-kawan dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda-muda dulu.

Guestbook mahal atau murah tak penting, asalkan ada. Pastikan kedudukan guestbook tu berada di tempat yang mudah tetamu singgah.

Bukan di celah-celah atau di tempat-tempat yang menyukarkan laluan keluar masuk tetamu.

Pastikan ada ruang yang selesa untuk tetamu lalu lalang. Sebab kalau photobooth awesome selalunya ramai yang akan berkerumun.

7. Hari untuk mengadakan majlis

Sabtu pada awal bulan.

Tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena kerja, dsbnya. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk tidak hadir hehe..

Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi lebihlah sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol).

8. Nikah pagi atau malam?

Rasanya lagi best kalau buat majlis nikah berasingan dengan hari bersanding.

Takut penat sangat start A–Z sehari je.

Lebih elok nikah pada Jumaat petang atau malam, dan reception pada Sabtu keesokan harinya.

9. Nikah di rumah atau di dewan/masjid?

Kalau rumah sempit, buatlah di masjid/ surau/ dewan.

OP perlukan ruang untuk mendapatkan shot kreatif. Tak sesuai nak melangkah-langkah tetamu.

Pengantin kalau boleh gambar dia nak dari semua angle. Kalau tempat sempit macam mana OP nak bergerak? Lepas tu kata OP tak kreatif.. (OMG…)

Sekiranya tiada pilihan, buatlah sahaja di rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu semasa nikah, masa sanding esoknya boleh datang lagi yang lain-lain..

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

10. Gambar semasa bersiap.

Sejujurnya, fasa mula-mula masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini.

Kalau snap pun hanya untuk rekod sahajam “inilah muka anda tanpa mekap”. Jadi harapnya janganlah expect OP akan shoot gambar anda dari A to Z semasa anda mekap.

Lagi lama coverage hours OP, lagi banyak anda kena keluar kos kan?

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

11. Portrait session (orang Melayu sebut ‘outdoor’).

Percayalah kepada OP anda. Diorang lebih banyak kali keluar bergambar dengan pengantin berbanding korang yang baru 1st time.

Mereka pasti lebih arif tentang venue yang sesuai untuk anda pada hari itu bergantung kepada cuaca dan jaraknya. Tak semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je…

Tempat yang simple depan rumah pun kadang-kadang cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang 45km dari dewan.

Jangan lupa sila beri guide kepada OP untuk lokasi berdekatan sebab dalam kepala mereka tiada GoogleMaps nak hafal semua lokasi dalam Malaysia.

12. Subjek dan environment memainkan peranan penting untuk gambar kelihatan cantik.

Bukan sebab OP tak tau amik gambar.

Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap ada lampu LED tiba-tiba dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi-sudilah memahami…

Tips untuk Majlis Nikah

1. Nikah

Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok.. Kalau test, OP ada banyak angle boleh snap. Lagi-lagi untuk yang hire seorang OP saja.

2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri.

(Simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki

3. Cium dahi, cium pipi, blablabla

Buat saja ikut cakap makcik/pakcik.

Bagi chance diorang snap gambar.

Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan.

OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.

4. Tisu

Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu.

Taulah touching.. letak tepi je, nak lap pakai ambil letak balik.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

5. Bersalaman/ laga pipi

Tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut. SENYUM sahaja. Lebih cantik.

Tip untuk Reception

(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11 pagi hingga 5 petang)

1. Aturcara secara umum

Berkumpul > bergerak ke pelamin > salam > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi potret.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

2. Kedudukan

Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin – Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri (simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki).

3. Tangan

Tangan kanan pengantin perempuan memegang/ memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.

4. Semasa berjalan

Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

5. Flower girl

Kalau ada flower girl, seelok-eloknya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan ruang tengah, jadi OP akan dapat angle dari depan muka pengantin. Tetamu/ OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja.

Elakkan daripada menyuruh kanak-kanak sebab walaupun nampak comel tapi bila tiba masanya nati mulalah nak menangislah, berpeluh-peluh, yang terjatuh, yang mak dia pun kelam kabut tarik anak dia nak bagi lurus. Dah tak nampak langsung pengantin nampak makcik pengantin je.

Itu tak masuk lagi dengan iPad, iPhone, Samsung dan segala jenis handphone yang dah beratur keliling.

6. Sesi renjis/ salam

Semasa sesi renjis/ salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP semasa tetamu naik ke pelamin. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula.

(Selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua-dua muka tetamu dan pengantin dalam satu shot.)

7. Gambar bersuap

Gambar suap menganga tiada yang cantiknya.

Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap-suap dan jerit-jerit kat OP. Suap je depan-depan dia laju-laju bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti.

Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu momen yang agak tak berapa sopan.

Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?

8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih.

Berbuallah lama sikit, tanyalah dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, kerja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak hari ini.

Ini sebenarnya untuk memberi momen beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Kemudian pengantin ajaklah tetamu bergambar (kalau dah habis makan) sekeping dua, di mana-mana pun tak apa. Tepi meja makan pun boleh kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.

9. Potong kek

Masa potong pandang je kek, jangan nak tengok kamera je selalu okay.

10. Photobooth/ Guestbook/ Candybuffet

Kedudukan: perlulah strategik, bukan di tempat sempit.

Betul-betul di sebelah pintu, jauh paling hujung, atau terlalu dekat dengan kawasan hidangan makanan utama. Ini akan menyebabkan tetamu kurang bersemangat untuk ke photobooth itu.

Setup dan deko tersebut seeloknya disiapkan sebelum tetamu sampai untuk membolehkan jurufoto/video menangkap gambar dengan susunan yang kemas dan cantik.

Jurufoto/ video TIDAK akan berada di photobooth anda dari mula sampai habis majlis. Kami akan berlegar di serata tempat.

Jika anda harapkan semua gambar tetamu di photobooth kami snap, sila upah servis tersebut daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Atau upah servis dari syarikat CCTV.

11. Lampu

LED berwarna warni sememangnya kelihatan cantik di pelamin. Tetapi jika warna-warni itu ia menyuluh muka, ia akan merumitkan jurufoto, malah paling susah adalah juruvideo untuk post-processing footage mereka nanti.

Jika LED berwarna digunakan, pastikan ia menghala ke deko-deko pelamin SAHAJA, bukan ke arah pengantin.

Hanya cahaya lampu putih sahaja yang sesuai disuluhkan di muka. Tak guna anda mekap beratus ringgit tapi di pelamin muka anda berwarna biru lepas tu hijau berbelang-belang.

13. Kerusi Pelamin

Ketinggian kerusi yang kurang sesuai akan menyebabkan pengantin nampak tenggelam dan janggal.

Ketinggian duduk yang sesuai adalah apabila lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang.

Dinasihatkan supaya mencuba ketinggian kerusi.

Jika tidak cukup tinggi, sila alaskan kaki kerusi dengan apa saja alas yang perlu.

Ada masa nanti akan sambung lagi. Terima kasih.

By Shagrasyiid
By Shagrasyiid

Sekian. Boleh share kalau mahu. Semoga majlis anda berjalan lancar.

Artikel ini disumbangkan oleh Shagrasyiid. Beliau merupakan jurugambar rasmi semasa pertunangan Hanis Zalikha.

BACA: 6 Tip Daripada Jurugambar Supaya Gambar Kahwin Anda Cantik Berseri

Sumber