Sedia maklum, penularan wabak COVID-19 masih belum berjaya dibendung dan anda masih boleh dijangkiti walaupun telah lengkap vaksinasi. Malah, ketika ini rakyat Malaysia masih perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Terbaharu, tular video pendek di majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air di Genting Highlands yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana majlis itu telah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Supritendan Zaiham Mohd Kahar iaitu Ketua Polis Daerah Bentong dalam satu kenyataan hari ini mengatakan pihak polis akan mengesan kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di vila tersebut.

Hasil siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada 15 Disember lalu. Dapat dilihat melalui video tersebut, pasangan pengantin dan tetamu tidak memakai pelitup muka sekaligus telah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) telah membuka kertas siasatan susulan video tular itu dan kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Malah, orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkait insiden berkenaan dan terus mematuhi SOP yang ditetapka Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelanggaran SOP ketika pandemik berlaku pada pautan di bawah ini.

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang

Selamba Berjalan Di KLCC Tanpa Pelitup Muka, Tindakan ‘Karen’ Ini Undang Kemarahan Netizen

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP