Berikutan perletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu, pada hari ini sebuah Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan bagi memutuskan jawatan YDP Agong yang terbaru.

Berdasarkan hasil perbincangan yang dibuat, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Sultan Perak telah dipilih bagi memangku jawatan YDP Agong. Keputusan yang dibuat ini dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
KUD_0720
Sumber: Suara Perak

Sultan-sultan yang berjaya menghadirkan diri di mesyuarat ini terdiri daripada Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Sultan Sallehuddin Shah.

Melalui masyuarat yang dijalankan, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh rasmi bagi majlis perlantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Walaubagaimanapun, tarikh ini masih lagi menjadi rahsia dan bakal diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber