Dalam tinjauan seluruh negara yang dibuat oleh sebuah syarikat penyelidikan baru-baru ini mendapati majoriti rakyat Malaysia menghargai usaha kerajaan menyediakan subsidi menerusi BR1M dan tidak menggangap ia satu bentuk rasuah seperti yang didakwa segelintir pihak.

Tinjaun ini dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd terhadap 1,031 penerima dan bukan penerima BR1M di bawah penyeliaan Profesor Datuk Syed Arabi Idid. Hasil daripada itu, ia mendapati 68.7 peratus daripada responden menerima baik BR1M dengan 63.9 peratus daripada mereka menolak pandangan bahawa ia adalah satu bentuk rasuah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk Syed Arabi Idid menurut pandangannya berkata, oleh itu tidaklah mengejutkan bahawa 71.1 peratus daripada responden berpandangan bahawa BR1M, yang pertama kali diperkenalkan pada 2012, harus diteruskan pada masa depan.

Memandangkan kos kehidupan yang terus meningkat, 65.1 peratus daripada responden mengakui bahawa BR1M telah membantu melegakan bebanan kewangan mereka dengan hanya 25.6 peratus berkata sebaliknya, kata bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan penasihat Kajidata itu.

Lebih separuh daripada responden gembira yang bantuan BR1M berjumlah sehingga RM1,200 kali ini sampai kepada kumpulan sasaran. Bagaimanapun, 33.8 peratus beranggapan BR1M gagal memenuhi.

Apa yang menarik, 80 peratus daripada penerima menggunakan wang BR1M bagi membeli barang keperluan asas dengan 85.3 peratus daripada mereka menghabiskan subsidi itu dalam tempoh sebulan.

Kajian itu, yang dijalankan dari 20-27 Feb, juga mendapati ada antara mereka menggunakan wang BR1M untuk membayar bil bulanan dan membiayai persekolahan anak mereka. Selain daripada itu, kajian juga mendapati dalam pemberian BR1M sebelum ini, ada yang hidup berjimat membelanjakan wang itu dalam tempoh lebih lama iaitu sehingga tiga bulan dan ada pula yang menabung.

Tinjauan Kajidata juga menunjukkan bahawa BR1M memaksa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk mendaftar dengan pihak berwajib, dengan itu mewujudkan pangkalan data menyeluruh dan bernilai akan golongan yang memerlukan.

Dr Syed Arabi dan pasukannya juga mendapati maklumat daripada pangkalan data itu boleh digunakan untuk menyediakan program bantuan mengikut keperluan bagi kumpulan sasaran dan memantau kemajuan mereka.

Responden dipilih daripada kumpulan usia berlainan, tahap pendapatan, latar belakang pendidikan, kaum dan jantina.

 

Sumber