Dalam satu kaji selidik untuk melihat sikap keterbukaan rakyat Malaysia jika sekumpulan masyarakat luar di tempatkan di negara ini dijalankan oleh Institut ISEAS, sebuah pusat penyelidikan Singapura.

Tinjuan itu mendapati bahawa 56.4% rakyat Malaysia tidak bersetuju jika masyarakat Rohingya ditempatkan di negara ini.

Wakil ISEAS, Yusof Ishak berkata kepada Free Malaysia Today bahawa penyelidikan telah membabitkan 1,308 responden dari kesemua 10 negara anggota ASEAN – kebanyakkan mereka tidak bersetuju jika masyarakat Rohingya ditempatkan di negara masing-masing.

Tambah beliau lagi, satu lagi masyarakat Islam di ASEAN iaitu Brunei juga menolak untuk menempatkan semula kaum Rohingya di negara mereka.

Filipina mencatatkan 61.3% dan Indonesia pula mencatatkan 56.1% bagi rakyat mereka yang bersetuju jika Rohingya ditempatkan di negara mereka.

Tahun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disebabkan gagal untuk campur tangan dalam krisis Rohingya di Myanmar.

Dia juga mengkritik pemimpin Myanmar, Aung Sang Suu Kyi kerana menyokong dengan tindakan tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya di sana.

Terbaharu, menurut laporan Al Jazeera, pasukan siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar bagi menyiasat kes yang melibatkan masyarakat Rohingya ini bakal membentangkan keputusan akhir mereka bulan hadapan.

Beberapa aktivis dunia dilaporkan tidak yakin dengan laporan yang bakal dibentangkan nanti walaupun kerajaan Myanmar sebelum ini menjanjikan siasatan yang telus dan adil.

“Akauntabiliti melalui keadilan jenayah domestik adalah norma,” kata Aung San Suu Kyi, bulan lalu ketika dia berucap di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague bagi mempertahankan negaranya terhadap tuduhan bunuh masyarakat minoritas Muslim Rohingya.

“Sekiranya akauntabiliti domestik gagal, mungkin keadilan antarabangsa dimainkan.”

Tentera Myanmar dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap kumpulan minoriti Muslim Rohingya – menyebabkan lebih daripada 740,000 masyarakat mereka melarikan diri.

Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak

Malaysia Kini Dalam Usaha Bantu Etnik Rohingya Di Myanmar

3 Kisah Tragis Dari Kem Pelarian Rohingya Di Cox Bazar, Bangladesh

 

 

Sumber