Walaupun TikTok lebih dipelopori oleh golongan muda, ada sahaja geng-geng veteran yang up to date turut menerokai aplikasi sosial terkemuka ini. Malah, sebahagian mereka juga menunjukkan bakat terpendam dalam penghasilan video seperti anak-anak muda pula.

Terbaharu, tular sedutan video gelagat seorang mak cik yang melakukan transition video yang menarik sehingga mencuri perhatian netizen di platform tersebut. Menerusi video yang dimuat naik oleh @fadzilahmohdani di TikTok, ramai yang puji akan kehandalan beliau dalam suntingan video walaupun sudah dikira golongan veteran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@fadzilahmohdani

Nenny tengok youtube sendiri,nak harap cucu depa kat KL🥲 #usahasendiri #fyp

♬ original sound – XVX – XVX

Hal ini kerana hasil trasition video yang dipamerkan sangatlah smooth dan juga cantik. Malah, beliau juga memberitahu menerusi kapsyen bahawa telah mempelajari teknik suntingan ini hanya berdasarkan YouTube sahaja tanpa bantuan cucunya yang kini berada di Kuala Lumpur.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 881.7K tontonan, 124.8K tanda suka dan 3,649 komen di TikTok. Rata-rata netizen turut teruja dan kagum dengan hasil video mak cik tersebut. Sebahagian pengguna juga berseloroh mahu belajar teknik suntingan bersama beliau kerana kagum dengan hasil videonya.

Sumber Gambar: TikTok fadzilahmohdani
Sumber Gambar: TikTok fadzilahmohdani

Konklusinya, semua orang boleh melakukan perkara yang diminati dangan jayanya jika benar-benar meletakkan effort dan juga masa. Ditambah pula dengan permintaan yang tinggi di dalam penghasilan konten berbentuk video pada masa kini, secara tidak langsung anda berpeluang menjana pendapatan sampingan menerusinya.

Sumber