Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Rata-rata rakyat Malaysia pasti tersenyum lebar mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Mana tidaknya, terdapat banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Terdapat beberapa insentif yang menarik perhatian dan membantu rakyat untuk semua golongan. Ini bermaksud, tiada satu pun rakyat Malaysia yang tertinggal atau tidak dibantu.

Akan tetapi, menjadi buah mulut netizen dan trending di Twitter apabila perdana menteri dalam ucapannya menggunakan nama Mak Cik Kiah sebagai contoh untuk memudahkan orang ramai mudah faham dengan ucapan beliau.
Example cumulative calculation from PM’s speech. Hidup Makcik Kiah! pic.twitter.com/fYi8zi67wT
— харитх (@harithizzuddin) March 27, 2020
Rata-rata netizen terhibur dengan ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, ada juga yang ingin ketahui siapa sebenarnya Mak Cik Kiah yang disebut-sebut dan tertanya-tanya sama ada Mak Cik Kiah tersebut wujud.
i wanna be her friend too. makcik kiah come friend with me! 🤣 https://t.co/quAGs9URzM
— raa. (@syhrnajihah) March 27, 2020
Who is makcik kiah? Is she exist?
— not him (@lelakifeeling) March 27, 2020
This is super cute example given by our PM. Makcik Kiah can smile endlessly now 😂 pic.twitter.com/2gjYbLTtkL
— nana ♡ 𝕏𝟙 (@only_bcsw) March 27, 2020
Analogy of Makcik Kiah & family is the best! Easier to understand👌🏻👏🏻
Thanks TSMY 🇲🇾
— KENNETH PEDREGOSA (@kennethPedre) March 27, 2020
Difahamkan orang ramai lebih mudah faham situasi dan insentif bantuan apabila menggunakan contoh sedemikian. Menurut tinjauan kami di Twitter saat ini, Mak Kiah kini sudah trending nombor 2 dan menunjukkan ramai orang sedang bercakap tentang Mak Cik Kiah.
Selain dari itu, Mak Cik Kiah juga pernah muncul dalam satu filem arahan Mamat Khalid yang bertajuk Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel satu ketika dulu.
— VOCKET (@thevocket) March 27, 2020
Adakah anda juga tertanya-tanya akan kewujudan Mak Cik Kiah? Berikan pandangan anda tentang perkara ini.
Sementara itu, baca pengumuman tentang insentif bantuan tadi pada pautan di bawah ini.
Empat Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’ Yang Anda Perlu Tahu
Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19
Kerajaan Umum Penawaran Internet Percuma Bermula 1 April 2020