Makan di dalam kelas dan waktu rehat secara berperingkat bakal menjadi antara norma baru buat murid-murid sekolah di seluruh negara selepas ini.

Perkara itu merupakan antara peraturan yang terkandung dalam buku Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan bermula hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.

“Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu. Kita akan menjarakkan waktu rehat,” jelas Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Selain di kantin, murid-murid juga bakal mengamalkan penjarakan sosial sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas dengan meja bakal disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

Murid dan guru juga menurutnya akan turut diperiksa suhu badan mereka sebelum memasuki kawasan sekolah dan sekiranya bergejala akan diberi tindakan susulan di bilik pengasingan yang perlu disediakan pihak sekolah.

“Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi (pengasingan), iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala, maka mereka akan dibawa ke sini.

“Pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan pusat kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Selain murid, keselamatan dan kesihatan guru di sekolah juga akan turut diberi perhatian oleh kementerian termasuk penjarakan sosial sewaktu berada di bilik guru.

“Guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru.

“Mereka yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, sambutan hari raya Aidilifitri yang baru berlalu juga terpaksa disambut dengan norma baru buat rakyat Malaysia. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama

Sumber