Di bulan Ramadan ini, memang kita teringin cuba pelbagai hidangan dan juadah yang ada. Lagi-lagi di Malaysia memang mudah untuk dapatkan juadah yang sedap-sedap ini. Kalau boleh semua juadah kita nak cuba.

Jika ke Singapura, pilihan juadah-juadah mungkin agak limited dan susah untuk mencari tempat dengan pelbagai hidangan dan juadah di bawah satu bumbung. Jangan risau, FAMA Agrobazaar Singapura ada untuk memenuhi keinginan anda ini.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Dengan $33 SGD, anda boleh makan pelbagai hidangan terkenal di Malaysia di Agrobazaar Singapura. Ini antara hidangan top yang ada di Agrobazaar Singapura sempena Ramadhan ini.

1. Sup Soto Johor

mee soto
Hidangan ini memang terkenal di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Soto lebih popular di Johor berbanding di negeri yang lain. Sup soto ini boleh dipadankan untuk dimakan dengan mee ataupun nasi himpit. Add-on pula daging halus, begedil dan sambal kicap. Fuh, memang terangkat.

2. Ulam-ulaman

2. ulamm
Dahulunya ulam-ulaman ini hanya dimakan oleh masyarakat Melayu di kampung-kampung sahaja. Kini, ulam biasa kita nampak disediakan bersama hidangan-hidangan lain termasuklah turut disediakan di hotel-hotel terkemuka. Ulam mempunyai khasiat yang tinggi dimakan mentah dan turut membekalkan serat yang diperlukan system penghadaman manusia. Pendek kata, ulam-ulaman ini rahsia kecantikan untuk kita terutamanya kaum wanita.

3. Ayam Percik Terengganu

3. ayam percik ganu
Ini antara juadah must try. Ayam percik memang antara hidangan terkenal di bulan Ramadhan ini. Ayam yang dipanggang kemudiannya dicelup dalam kuah percik sebelum dihidangkan. Hasilnya? Hidangan yang merecik kesedapannya.

4. Mee Kari Pedas

4. me kari
Resepi mee kari yang sedap dimasak menggunakan air rebusan udang. Proses penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan di atas hidangan tetapi itulah yang menariknya tentang mee kari. Hirisan ayam, fish cake dan fish ball menambah lagi kick kesedapan mee kari ini.

5. Ikan Asam Pedas Melaka

5. asam pedas
Siapa yang ke Melaka, tak sah kalau tak makan asam pedas. Kepedasan kuah asam pedas itu yang dimasak dengan ikan yang fresh memang jadikan asam pedas Melaka ini istimewa. Asam pedas yang power adalah yang jika anda cuci tangan pun, bau masakan itu masih melekat di tangan. Hebat.

6. Kambing bakar

6. kambing bakar
Kambing bakar adalah hidangan yang biasa kita nampak sekarang ini di buffet-buffet. Kambing bakar ini pun kini sudah terdapat di pasar Ramadan. Kambing bakar ini tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Nanti terduduk kekenyangan tak pergi pula solat terawih di malam hari.

7. Cendol

7. cendol
Setelah seharian berpuasa, dapat minum cendol terus hilang dahaga. Nak lagi best, makan cendol dengan durian beberapa ulas. Gabungan lemak manis cendol dan durian itu memang power.

8. Teh tarik

8. teh tarik
Minuman paling terkenal dan menjadi pilihan rakyat Malaysia dan Singapura. Biasanya diminum selepas habis makan hidangan berat. Teh tarik ini kiranya minuman ‘pencuci mulut’ selain buah-buahan.

9. Pisang goreng

pisang goreng
Dah habis makan nasi, nak pula kunyah dish yang simple. Pisang goreng ini jawapannya. Ikut selera anda untuk makan pisang goreng ini secara orginal atau cicah dengan sambal kicap. Padankan pula pisang goreng ini dengan teh tarik. Memang kenikmatan berganda.

Ini hanyalah sebahagian menu yang ada dalam set buffet Ramadhan di Agrobazaar Singapura ini. Banyak lagi sebenarnya juadah yang ditawarkan dalam menu buffet Ramadhan ini antaranya kuih muih traditional, buah-buahan tempatan, popiah goreng dan banyak lagi. Anda hanya perlu bayar $12.50 SGD seorang untuk anak kecil anda. Pada pandangan saya, memang berbaloi harganya dengan pilihan makanan yang ditawarkan untuk set Ramadhan ini dan sesuai untuk anda datang berbuka bersama keluarga di sini.

agro menu

Agrobazaar Singapura juga turut menyediakan pelbagai produk tempatan seperti keropok, pes untuk masakan dan pelbagai barangan masakan yang lain. Pendek kata Agrobazaar Singapura ini adalah one stop center untuk anda membeli belah produk buatan Malaysia dan anda produk-produk persediaan untuk persiapan hari raya anda nanti.

Sebelum itu, anda kena juga cuba Kopie Satu, kopi premium ala Starbucks yang enak setanding kopi dari Amerika itu. FAMA Agrobazaar juga bersedia untuk cater klien korporat jika perlu. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buffet Ramadhan ‘Authentic Malaysia’ dan produk-produk yang ada di FAMA Agrobazaar, boleh ke laman rasmi Agrobazaar Singapura di sini. Anda datang sekali, pasti anda akan datang lagi nanti. Percayalah.

Anda Mungkin Suka