Sekurang-kurangnya sembilan ahli keluarga di China mati setelah makan mee buatan sendiri yang disimpan di dalam peti sejuk selama setahun. Mee buatan sendiri itu dilaporkan mengandungi pati jagung yang diperam, sehingga meracuni keluarga dengan sebatian asam jawa.

Semuanya bermula ketika sebuah keluarga yang terletak di Jixi, Provinsi Heilongjiang, makan hidangan Cina bernama Suantangzi, pada 5 Oktober.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tujuh orang yang memakan makanan tersebut jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia lima hari kemudian. Kemudian dua orang lagi meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Nasib baik menyebelahi tiga orang yang berada dalam keluarga tersebut apabila mereka dilaporkan selamat selepas mengaku menolak makan mee tersebut kerana rasanya yang kurang enak.

Gao Fei, pengarah keselamatan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang (CDC) mengatakan bahawa kematian mereka disebabkan oleh asid bongkrekic.

“Racun itu boleh menyebabkan kerosakan serius pada organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak,” kata Gao.

Terdahulu, simpan nasi lebih 4 jam boleh menyebabkan keracunan makanan, klik pautan di bawah untuk membaca.

Simpan Nasi Lebih 4 Jam Dan Panaskan Semula Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan

Netizen Terkejut Lihat Keadaan Dapur Restoran Makanan Thai Yang Sangat Kotor Di Melaka

Jangan Main Banjir Jika Ada Luka Untuk Elakkan Diri Dijangkiti Kencing Tikus

Sumber