Menikmati makan tengahari mungkin adalah perkara yang paling dinanti-nantikan setiap hari oleh semua. Hidangan lauk-pauk dan pelbagai juadah yang disediakan membuatkan hampir semua orang jarang meninggalkan rutin harian ini.

Tetapi pengalaman yang dinantikan setiap hari itu juga boleh merosakkan mood kita untuk sepanjang hari jika juadah yang dijamah itu tidak kena dengan selera kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Atau lebih teruk lagi seperti yang dialami wanita ini dimana lauknya dicemari dengan mata kail dan tali tangsi.

Ya, mata kail dan tali tangsi yang digunakan untuk menangkap ikan!

Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook, Noor Azriah Abd Aziz berkongsikan kekecewaannya selepas menemui mata kail dan tali tangsi dalam makanannya.

“Persoalannya kalau ikan ini dicuci bersih, takkan la tak jumpa mata kail ni, pakej dengan tali tangsi lagi,” kongsi beliau di kiriman tersebut.

Dia yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai juga kecewa apabila mereka tidak menggantikan makanan tersebut dengan hidangan yang baru. “Tidak minta diberi percuma pun, sekurang-kurangnya gantikanlah dengan ikan yang lain.

“Ini tidak, ambil pinggan, minta maaf dan senyap sahaja, tetapi bayar tetap bayar,” luahnya yang kecewa dengan sikap pemilik restoran tersebut. Bukan itu saja, Nor Azriah turut berkongsi dia ditengking oleh pekerja di sana selepas memanggil mereka.

Dia bagaimanapun berkata perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin memberi peringatan kepada peniaga di luar sana supaya lebih mementingkan aspek kebersihan makanan yang dijual.

“Kesian orang lapar-lapar nak datang makan, tiba-tiba dapat yang macam tu, Allahu. Kalau tertelan tadi macamana?” soalnya.

Sebagai peniaga, mereka seharusnya lebih peka dengan kebersihan makanan yang disediakan. Pengungjung bukan sahaja akan menilai keenakan makanan tetapi juga amalan kebersihan yang diamalkan kedai-kedai makan ini.

Baca kisah restoran nasi kandar popular ini yang terpaksa ditutup selepas terdapat najis lipas dan air kencing tikus di sekitar premis. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Nasi Kandar Beratur Diarah Tutup Selepas Jabatan Kesihatan Jumpa Najis Lipas Dan Air Kencing Tikus?

Tonton Pekerja Restoran Raj’s Banana Leaf, Bangsar Basuh Talam Dengan Air Kotor

Netizen Terkejut Lihat Keadaan Dapur Restoran Makanan Thai Yang Sangat Kotor Di Melaka

 

Sumber