Orang Malaysia ni, sembang sahaja pasal makanan automatik pasti akan terliur!

Ha, nampak kan kenapa makanan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana makanan, kita sanggup dan tidak kisah untuk beratur panjang, makanan buat kita happy dan paling penting makanan menyatupadukan kita. Ya, bukan hanya sukan dan muzik saja yang menjadi agen perpaduan dan keharmonian di Malaysia ini.

Kenapa begitu? Katalah satu hidangan ini berasal dari sebuah negeri, hidangan itu tidak eksklusif untuk negeri itu sahaja. Semua orang boleh duduk bersama untuk enjoy dan makan. Untungnya duduk di Malaysia!

Giant

Di setiap negeri serata Malaysia, ada menu istimewanya yang tersendiri. Pasti ada hidangan traditional khas yang menjadi resepi turun temurun. Patutlah kalau kita pergi mengembara ke luar negara, kita akan rindu masakan yang sedap-sedap belaka di tanah air. Di negara luar, tak ada makanan yang setanding dengan keunikan dan kesedapan makanan di Malaysia ini.

rendang tok
Rendang Tok

Kalau di Perak, kita ada rendang tok. Rendang tok ini kalau di Perak, tidak seasonal. Bermakna kalau bukan hari raya pun anda boleh makan rendang. Kalaulah anda dalam perjalanan ke Utara, jangan lupa singgah RnR Tapah. Ada jual rendang tok yang sedap.

mee kolok
Mee Kolok

Kalau kita ke Sarawak, kita ada mee kolok. Bagi yang tak pernah makan mee kolok, sesungguhnya anda kerugian. Tekstur mee kolok ini yang sedikit kenyal berbanding mee biasa apabila di makan dengan supnya, memang lain macam.

laksa johor
Laksa Johor

Kalau kita ke Johor, kita ada laksa Johor. Uniknya laksa Johor ini adalah laksa Johor menggunakan spaghetti, dan tidak menggunakan laksa yang biasa. Secara tradisinya, laksa Johor dimakan dengan tangan dan tidak menggunakan sudu dan garfu.

masak lemak
Masak Lemak Cili Api

Kalau kita ke Negeri Sembilan, ada pula masak lemak cili api. Kalau yang tak biasa makan pedas, boleh gila jadinya. Masak lemak ini pun ada banyak jenis. Nak yang biasa ada, nak yang guna daging salai pun ada. Ikut diri nak yang mana.

Untuk pengetahuan semua, #CeritaRasaMalaysia adalah siri masakan chef terkemuka negara, Chef Zam bersama Giant untuk memasak hidangan kegemaran anda menggunakan bahan berkualiti dari Giant. Menurut Chef Zam, masakan ini adalah dari resepi beliau sendiri dengan cara masakan paling mudah tetapi pasti akan sedap. Kalau anda nak lihat video masakan traditional dari setiap negeri yang Chef Zam yang masak, boleh klik di sini. Nanti boleh cuba masak sendiri sebab mudah sangat!

Sebelum tu, antara 4 hidangan di atas, yang mana satu menjadi pilihan hati? Kami memerlukan anda vote makanan mana yang anda suka. Walaupun anda berasal dari Selangor, kalau anda peminat tegar mee kolok, boleh undi untuk mee kolok. Kalau tak pasti juga, boleh cuba main kuiz di bawah ini dahulu.

Dah main kuiz dan dapat makanan kegemaran anda, bolehlah ke laman Facebook Giant di sini. Giant nanti akan kongsi pelbagai resepi istimewa dari setiap negeri bersama anda di sana! Ha, jangan cakap Giant tak payung.

pratt
Wow, terima kasih Giant!