Makanan berperanan untuk memberikan tenaga dan nutrien kepada tubuh. Sebenarnya, tubuh memerlukan sejumlah tenaga untuk mencapai metabolisme paling asas untuk mengekalkan pernafasan, berdiri dan melakukan pelbagai aktiviti lain.

Jika tenaga yang ada tidak mampu menyokong aktiviti biologi asas, kadar pengurangan berat badan akan berkurangan disebabkan penurunan metabolik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Metabolisme yang tinggi memberikan banyak kebaikan dengan cara membantu menyingkirkan toksin dan sisa buangan dari tubuh dengan lebih cepat secara semula jadi. Selain itu, lemak juga dibakar dengan lebih pantas dengan penggunaan kalori yang meningkat.

Jadi, untuk kembali kurus dan buang semua lemak yang telah masuk ke dalam tubuh sepanjang musim perayaan ini, anda boleh mulakan dengan mengambil makanan yang mampu meningkatkan metabolisme sekaligus bantu bakar semua lemak lebih cepat.

Check it out 7 makanan ini antara bahan yang sesuai untuk bantu anda kembali kurus lebih pantas dan sihat!

1. Tuna

Ikan tuna kaya dengan asid lemak omega-3, yang berperanan untuk merangsang penghasilan leptin. Leptin adalah hormon yang meningkatkan perasaan kenyang (triknya supaya anda cepat berhenti makan).

Selain tuna, ikan salmon, makerel dan sardin pun sumber yang bagus juga. Sama ada dibuat inti sandwic atau dimasukkan ke dalam salad.

2. Limau Gedang

Mengandungi naringenin, sejenis antioksidan yang dipercayai dapat bantu tubuh gunakan insulin dengan lebih efisien – mengekalkan paras glukosa darah normal dan meningkatkan pembakaran kalori. Boleh la tukar selera, asyik-asyik limau mandarin je kan.

3. Rolled Oats

Antara makanan popular yang lambatkan rasa lapar sebab makanan bijirin penuh begini perlukan banyak tenaga untuk dicernakan, jadi tubuh akan bakar lebih kalori bila oat ini dimakan.

Nak menikmati rolled oat ini, paling mudah campur sahaja dengan susu. Atau boleh juga dibuat overnight oat.

4. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi epigallocatechin yang merangsang sistem saraf tanpa meningkatkan kadar denyutan jantung. Dipercayai dengan meminum teh hijau disertai amalan senaman mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang bersenam tanpa meminum teh hijau. Tapi elakkan mengambil shake teh hijau dengan krim atau gula berlebihan, itu dah tambah lagi banyak kalori!

5. Cili

Suka makan pedas? Untunglah, bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin yang terdapat pada cili dikatakan dapat membakar kalori. Menurut kajian, hidangan pedas mampu tingkatkan metabolisme hingga 25% selama 3 jam selepas makan. Best kan? Bolehlah amalkan dengan menambah satu sudu cili hiris ke dalam hidangan sekali sehari.

6. Air

Kalau nak tahu, bila badan kurang air, metabolisme pun boleh menurun. Jadi minum lebih air terutamanya air putih. Selain mengekalkan hidrasi badan, proses penghadaman juga berjalan lancar. Satu tip yang menarik, minum air sejuk kerana badan akan terpaksa menggunakan lebih banyak kalori untuk memanaskannya. Minum air secukupnya untuk kurus ya.

7. Kopi

Penggemar kopi mesti suka dengar ini. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolik mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein. Jadi, bolehlah teruskan minum kopi untuk bakar lemak. Kalau dapat minum kopi o panas, sedap ni kan. Tapi elak ditambah gula atau susu berlebihan, susahlah nak kurus nanti.

Maka, pilih makanan yang dapat tingkatkan metabolisma badan anda agar terbakar segala lemak yang terkumpul. Nak lebih efektif? Pastinya dengan amalan bersenam yang konsisten.

Jika anda ada tip, aktiviti atau apa sahaja yang menarik berkaitan makanan dan kesihatan serta tubuh badan, anda boleh menghantar artikel kepada kami di sini.