Bagi anda yang mengikuti Vocket di Instagram pasti anda sudah tahu keberadaan team Vocket di Hong Kong. Perjalanan Vocket selama 4 hari 3 malam disekitar Hong Kong ditemani oleh pemandu pelancong dari Hong Kong Tourism Board untuk melihat tempat-tempat menarik dan merasai hidangan tempatan yang halal.

Pertambahan bilangan penduduk dan pelancong Islam di Hong Kong menyebabkan pilihan makanan halal bukanlah masalah besar. Anda boleh menikmati rasa hidangan tempatan tanpa ragu-ragu mengenai status halal dan keaslian rasa hidangan tersebut.

1. Wai Kee

Wai Kee yang terletak di Bowrington Road, Wan Chai merupakan kedai makan yang terkenal dengan nasi itik dan kari ayam gaya Hong Kong. Disebabkan keenakan dan keaslian rasa hidangan disini bukan sahaja pelancong malah penduduk tempatan pun ramai yang datang untuk menikmati makanan di sini. Jangan terkejut dengan saiz hidangan makanan di sini yang agak banyak berbanding di Malaysia.

wai kee menu

WhatsApp Image 2018-05-15 at 12.56.25

2. Islamic Centre Canteen

Tidak sah jika anda ke Hong Kong tetapi tidak menikmati dim sum. Anda boleh berjalan kaki kira-kira 5 minit dari kedai makan Wai Kee untuk sampai ke Islamic Centre Canteen yang terletak di dalam bangunan Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick Islamic Centre. Hidangan tidak hanya terhad pada dim sum semata-mata tetap hidangan lain seperti masakan panas dan teh cina yang kaya dengan aroma.

WhatsApp Image 2018-05-15 at 13.14.02

3. Ma's Restaurant

Hidangan makan malam halal yang paling recommended untuk anda cuba pastinya di Ma's Restaurant. Antara hidangan wajib yang perlu dicuba jika berkunjung ke sini ialah "Veal Goulash". Harga untuk satu set "Veal Goulash" ini amat berbaloi dengan rasanya yang rangup di pada kulit dan isi yang amat padat dan berjus.

WhatsApp Image 2018-05-03 at 15.45.50

WhatsApp Image 2018-05-15 at 14.46.49