Sushi pernah menjadi hidangan di rumah terbuka semasa Hari Raya kami sekeluarga beberapa tahun yang lepas. Para tetamu menggemarinya meskipun ada yang pertama kali mencubanya.

Pemerhatian saya pada ketika itu membuatkan saya fikir makanan Jepun boleh diterima oleh tekak orang Malaysia terutama jika diubahsuai ikut selera rasa tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi, setelah itu saya cuba senaraikan makanan (dan bahan makanan) Jepun yang popular (dan dikenali) di kalangan orang Malaysia.

1. Pes Wasabi

wasabi
Gambar: Japanese Cooking 101

Sejenis pes berwarna hijau yang sangat pedas. Sering dijadikan sebagai hidangan sampingan kepada beberapa jenis menu Jepun. Serbuk wasabi dicampur dengan sedikit air lalu dibancuh.

Hati-hati sewaktu menikmati wasabi, walaupun sedikit sahaja tetapi rasanya amat pedas!

2. Sushi

sushi
Gambar: Belmont Market

Sushi adalah hidangan nasi yang digabung dengan pelbagai jenis bahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika dan pelbagai cara digunakan untuk menghidangkan sushi.

Tetapi yang penting bahan utamanya adalah nasi sushi yang menggunakan beras khas yang dikenali sebagai ‘shari’ atau ‘sumeshi’. Sushi sering dihidang bersama halia jeruk, wasabi dan kicap.

3. Sos Teriyaki

sos teriyaki
Gambar: Otaku Food

Teriyaki sebenarnya merujuk kepada kaedah memasak dengan cara membakar atau memanggang. Sos teriyaki pula adalah sos berwarna hitam berkilat yang digunakan sebagai bahan perapan daging atau ayam yang kemudiannya akan dibakar atau dipanggang.

Disebabkan bahan asal sos teriyaki tidak halal untuk Muslim, maka bahan-bahannya diganti dan diubah suai dengan bahan lain untuk menghasilkan sos teriyaki halal.

4. Yakitori

yakitori
Gambar: Jess Pryles

Yakitori merujuk kepada hidangan ayam atau daging yang digrilkan. Secara umumnya, yakitori juga boleh merujuk kepada makanan yang dicucuk (skewered).

Yakitori biasanya dibuat daripada isi ayam atau daging dengan kepingan ‘bite-sized’ dan sayur yang dicucuk pada lidi lalu dibakar di atas arang.

5. Nabe

nabe
Gambar: Itadakimasu Anime!

Nabe atau nabemono merupakan stew atau sup yang dihidangkan semasa musim sejuk. Nabe biasanya disediakan di atas meja makan dengan menggunakan dapur mudah alih. Bahan-bahannya dimakan bersama kuah, sup atau pencicah.

6. Udon

Udon
Gambar: Wikipedia

Merupakan sejenis mi tebal yang diperbuat daripada tepung gandum. Udon biasanya dihidangkan panas bersama sup.

7. Soba

soba
Gambar: Simply Recipes

Merupakan mi nipis yang dihasilkan daripada tepung buckwheat atau kombinasi tepung buckwheat dengan tepung gandum. Bezanya dengan udon, udon lebih tebal.

8. Miso

miso
Gambar: Epicurious

Sejenis perencah dan perasa dalam masakan Jepun. Miso dihasilkan melalui penapaian kacang soya yang dikukus dengan garam dan kōji. Miso boleh digunakan untuk meningkatkan rasa pada nasi, daging, ikan dan lain-lain masakan. Boleh juga dilarutkan dalam sup.

9. Donburi

donburi
Gambar: Wagamama

Sejenis sajian tradisional yang dihidangkan dalam mangkuk besar yang terdiri daripada nasi kukus yang dikacau goreng bersama ayam, daging atau udang serta sayur-sayuran campur.

10. Sukiyaki

sukiyaki
Gambar: Hub Japan

Sejenis makanan yang berasaskan daging dan sayur. Bahan utama dalam hidangan ini adalah mi yang nipis, lut sinar dan bersifat jeli. Turut dikenali sebagai mi shirataki. Dihasilkan daripada akar pokok yang berkanji yang dikenali di Jepun sebagai pokok ‘devil’s tongue’.

11. Tempura

tempura
Gambar: Japanese Cooking 101

Merupakan salah satu kaedah menggoreng dengan minyak tenggelam cara Jepun. Makanan disalut dengan adunan tepung lalu digoreng dalam minyak banyak. Sebelum menggoreng, pastikan minyak yang digunakan bersih dan baru. Untuk menambah rasa, boleh titikkan sedikit minyak bijan.

12. Shabu-Shabu (Stimbot Jepun)

shabu shabu
Gambar: Philstar.com

Merupakan salah satu hidangan periuk panas Jepun yang popular selain sukiyaki. Terdiri daripada pelbagai jenis sayur mentah, tofu dan kepingan daging yang dihiris nipis. Boleh dimakan bersama sup.

13. Teppanyaki (Barbeku Jepun)

teppayanki
Gambar: Ang Sarap

Adalah hidangan yang dibakar di atas plat besi. Antara makanan yang lazimnya digunakan ialah daging, makanan laut, yakisoba (mi goreng) dan nasi. Antara menu teppanyaki yang popular termasuk nasi, tauge, bawang merah, lobak merah dan cendawan.

14. Sashimi

Sashimi
Gambar: We Love Japanese Food

Merupakan daging mentah, lazimnya ikan salmon atau tuna segar, yang dihiris nipis dan dihidang tanpa nasi. Sashimi antara hidangan Jepun yang terkenal. Kebanyakan sashimi diperasakan dengan kicap dengan mencelupnya ke dalam kicap sebelum dimakan. Ada sashimi yang dihidangkan bersama wasabi atau halia. Ada juga yang suka memakannya dengan daikon (lobak putih Jepun).

15. Takoyaki

takoyaki
Gambar: Ang Sarap

Ialah snek Jepun yang berbentuk bulatan kecil. Diperbuat daripada adunan tepung gandum dan diisi dengan sotong kurita cincang, bawang besar dan halia jeruk.

Takoyaki dihidangkan bersama sos yang seakan-akan sos Worcestershire dan mayonis. Di Malaysia, terdapat juga takoyaki yang diisi dengan ayam dan udang.

16. Okonomiyaki (Penkek Atau Piza Jepun)

Okonomiyaki
Gambar: Blue Apron

Merupakan makanan tradisional Jepun. Bentuknya hampir sama seperti omelet atau frittata. Bezanya, okonomiyaki dibuat daripada tepung okonomiyaki sendiri, telur, kobis, bakon, udang atau makanan laut lain lalu diletakkan sos manis, mayonis, kepingan ikan (dried fish flakes) di atasnya.

Apa pendapat anda tentang senarai ini? Yang mana satu jadi kegemaran anda? Apa-apa pun pastikan ianya halal dimakan.