Nota Editor: Senarai 20 makanan ini mesti anda cuba jika ke Korea Selatan ini telah dikongsikan oleh Zhana Zulkifli yang baru saja travel ke Korea. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang akan travel ke Seoul dan Korea Selatan.

Makanan Yang Mesti Dicuba Di Korea Selatan


1. Hotteok

makanan-halal-korea-1

Hotteok ni sedap boleh dapatkan kat pasar pagi Namdaemun. Kat dalam dia ada cinnamon powder, peanut and sesame. Harga pun murah 1KW je.

2. Kuih ada telur, bijan dan roti 

makanan-halal-korea-2

Yang ni macam apam balik tapi atas dia ada telur, kuaci dan juga sesame. Rasa dia boleh tahan sedap. Boleh didapati kat Myeongdong night market. Harga dia kalau tak silap dalam range 1.5KW -2.5KW.
3. Bulgogi set

makanan-halal-korea-3

Bulgogi set kat Eid Halal Korean Food dekat area Itaewon. Tauke dia korea Muslim. Orang Malaysia dan Korea ramai datang sini sebab memang sedap. Plus boleh jumpa anak owner dia yang famous among Malaysian girl, Saad ahhah. Harga per set adalah 10KW. Nanti bila da siap makan dia akan bagi air teh peach secara percuma.

4. Aiskrim yogurt 

makanan-halal-korea-4

Aiskrim yogurt yang rasa sama sebijik Tutti fruiti punya yogurt. Boleh dapat dekat convenient store harga 1.2KW. Normally, dia jual buy 2 free 1.

5. Caramel machianto

makanan-halal-korea-5

Caramel macchiato boleh dapat kat convenient store. Memang pekat gila, sesuai untuk day starter. Harga dia 1.8KW.

6. Nasi goreng dengan makanan laut

makanan-halal-korea-6

Seafood fried rice, yang ni kat Yoogane. Kedai ni ada banyak cawangan. Yang kita orang makan ni dekat area Hongdae. Kat sini hanya ada hidangan ayam dan seafood sahaja. Harga untuk 5 orang makan 32.5KW.

7.  Nasi tarik dan pancake seafood 

makanan-halal-korea-7

Spicy sugelbi dan pancake seafood. Yang unik dia pakai nasi tarik, dia macam tepung gandum yang dikoyak kan lepas tu kuah dia pedas rasa kuah mee bandung. Pancake seafood dia memang best gila. Harga untuk 7 orang adalah 49k. Bila nak order ambik untuk serving 3 orang je sebab memang banyak portion.

8. Coffe kat Twosome Place

makanan-halal-korea-8

Yang ini caramel latte kat A Twosome Place. Kat sini memang ramai golongan muda lepak-lepak. Nak cuci mata boleh lah. Lagipun ada orang cakap ni famous shooting location .Yang kita orang lepak ni kat area Sinchon sebab dekat kat umah. Harga dia dalam 2.5KW.

9. Octopus Takoyaki

makanan-halal-korea-9

Octopus takoyaki ni boleh dapatkan dekat satu street stall yang dekat dengan Ewha Unin. Dia hanya jual octopus sahaja. Satu kotak ada 8 bijik, harga dia 3KW.

10. Ikan bakar

makanan-halal-korea-11

Ikan bakar dan sotong tumis yang sangat sedap. Boleh makan dekat Dongdaemun. Kat situ banyak deretan kedai. Pastikan pergi kedai yang betul. Nama kedai tu Ho Nam Jib sebelah kedai yang selalu masuk KBS and SBS. Kitaorang makan 7 orang harga dia 49KW.

Baca: 12 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Anda Belum Tahu

11. Strawberry soda blended

makanan-halal-korea-12

Strawberry soda blended boleh dapat kat gerai kecil-kecil kat Everland. Menyegarkan dan juga boleh hilangkan mual lepas naik roller coaster.

12. Burger shrimp

makanan-halal-korea-13

Burger shrimp boleh beli kat cafe world di Everland. Harga burger ala carte adalah 5KW.

13. Air tin pure peach 

makanan-halal-korea-14

Air pure peach with milky soda. Boleh dapat kat mana-mana vending machine. Range harga standard 1kw-1.5kw

14. Aiskrim anggur

makanan-halal-korea-15

Aiskrim anggur ni memang best gila, rasa anggur dia sangat pure. Boleh dapat kat convinient store but mostly found at GS25 .Harga dia cuma 1KW.
15. Nasi goncang

makanan-halal-korea-16

Nasi goncang (dosirak) ni boleh makan dekat Drama Cafe dalam kawasan Nami Island deretan musolla dan library budak-budak. Kat dalam ni ada nasi, kimchi dan telur. Kena pakai glove dan goncang nasi tu sampai rata, military meal style. Harga dia 5KW, must try dekat Nami Island.

16. Jus delima 

makanan-halal-korea-17

Air just delima ni boleh beli dekat vending machine. Setakat yang kita orang pusing-pusing memang ada dekat Petite France je dekat depan tandas. Harga dia antara harga 1KW-1.5KW.

17. Banana pancake

makanan-halal-korea-18

banana pancake nutella boleh dapat kat Myeongdong. Harga dia 4KW. Rasa macam yang kat Malaysia tapi bezanya dia ade letak crispies kat dalam, so rasa rangup-rangup.

18. Aiskrim ikan

makanan-halal-korea-19

Aiskrim ikan ni kulit luar dia adalah waffle. Yang kat dalam tu aiskrim vanilla lepas tu tabur dengan choc rice. Yang ni boleh dibeli dekat street food kat Hongdae. Harga dia 3KW.

19. Pencuci mulut kat Hello Kitty

makanan-halal-korea-20

Yang ni Hello Kitty Cafe kat area Hongdae. Recommended try yogurt dalam bekas kepala Hello Kitty berharga 4KW. Lepastu boleh order grapefruit soda dan tiramisu. Kalau ada bajet lebih boleh ambik set waffle 16KW ,aiskrim dia creamy dan padat.

20. Banana Uyu

makanan-halal-korea-21

Banana uyu boleh dapat dekat mana-mana convenient store. Kebiasaannye dia jual buy 2 free 1 kat 7 Eleven. Harga satu botol 1.3KW. Kalau nak beli in bundle boleh beli dekat Grand Mart area Sinchon lagi murah daripada Lotte Mart.

Baca lagi: 17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram